CelcomDigi mereka lancarkan telco digital baru, namanya Spark. Ia boleh dilihat sebagai spiritual successor kepada Yoodo yang dihentikan penawaran dalam bulan Ogos 2024. Bezanya, Spark hanya ditawarkan dalam bentuk eSIM. Sebagai telco digital sepenuhnya, semua proses berkaitan telco seperti pendaftaran dan pemasangan dilakukan melalui aplikasi Spark yang boleh dimuat turun di Android, iOS, ataupun Huawei.
Pelan prabayar Spark
Sebanyak 3 pelan asas ditawarkan oleh Spark sebagai permulaan. Base plan yang ditawarkan adalah:
- Spark Mini
- Spark Standard
- Spark Plus

Spark Mini adalah yang paling asas bagi 3GB data. Spark Standard dengan Plus bagi kuota lebih banyak, sambungan 5G dan kuota panggilan suara 100 minit.
| Pelan | Kuota | Suara | Lain-lain | Harga (RM) | Tempoh Sah |
|---|---|---|---|---|---|
| Spark Mini | 3GB (4G) | Tiada | Tiada | RM15 | 30 hari |
| Spark Standard | 40GB (4G/5G) | 100 minit | Tiada | RM25 | 30 hari |
| Spark Plus | 200GB (4G/5G) | 100 minit | Tiada | RM65 | 30 hari |
Spark Mini adalah yang paling asas bagi 3GB data. Spark Standard dengan Plus bagi kuota lebih banyak, sambungan 5G dan kuota panggilan suara 100 minit.
Untuk waktu terhad, Spark juga maklumkan yang mereka tawarkan pelan Legacy High-Speed / Unlimited. Tidaklah diketahui sampai bilakah pelan ini akan ditawarkan tapi ia berikan lebih banyak pilihan kepada pengguna. Pelan yang dimaksudkan adalah:
- High-Speed 20
- High-Speed 25
- High-Speed 45
- High-Speed 63
- Unlimited 35
- Unlimited 43

| Pelan | Kuota | Suara | Lain-lain | Harga (RM) | Tempoh Sah |
|---|---|---|---|---|---|
| High-Speed 20 | 14GB (4G/5G) | 100 minit | Tiada | RM20 | 30 hari |
| High-Speed 25 | 45GB (4G/5G) | 100 minit | Tiada | RM25 | 30 hari |
| High-Speed 45 | 65GB (4G/5G) | 100 minit | Tiada | RM45 | 30 hari |
| High-Speed 63 | 85GB (4G/5G) | 100 minit | Tiada | RM63 | 30 hari |
| Unlimited 35 | Tanpa Had | 100 minit | 6GB hotspot | RM35 | 30 hari |
| Unlimited 43 | Tanpa Had | 100 minit | 6GB hotspot | RM43 | 30 hari |
Pas add-on untuk tambah kuota data, suara, SMS
Spark juga sediakan beberapa pas add-on untuk pelanggannya tambah kuota sekiranya tak cukup. Harga jualannya pas adalah serendah RM1 dan ia penting sebab Spark tiada ciri Pay-As-You-Use (PAYU). Untuk hantar SMS, pelanggan wajib beli pas add-on kerana tiada satupun pelan Spark yang ada kuota SMS untuk dihantar keluar.
Berikut adalah perincian pas add-on untuk Spark.
| Kategori | Kuota | Harga |
|---|---|---|
| High-Speed Internet | 1GB | RM1 |
| High-Speed Internet | 3GB | RM3 |
| High-Speed Internet | 10GB | RM5 |
| High-Speed Internet | 25GB | RM10 |
| High-Speed Internet | 100GB | RM30 |
| Suara | 30 minit | RM1 |
| Suara | 500 minit | RM5 |
| SMS | 50 SMS | RM1 |
| SMS | 1000 SMS | RM3 |
Sempena pelancaran, anda boleh gunakan kod SPARK5 untuk daftar talian anda di aplikasi Spark bagi dapatkan rebat RM5 untuk 12 bulan pertama. Promo ini sah sehingga 31 Disember 2025.
Anda boleh layari laman rasmi Spark untuk maklumat lanjut.