Barangan Kingston 2025 naik taraf komputer anda. Barangan Kingston 2025 naik taraf komputer anda.

Upgrade gajet anda dengan barangan Kingston

Tahun 2025 dah nak tamat. Apa kata langkah masuk 2026 dengan gajet baru atau naik taraf yang sedia ada untuk tempuhi cabaran yang mendatang. Kingston ada macam-macam produk untuk orang kerja pejabat, pelajar sekolah, dan gamers juga. Jom tengok apa yang boleh anda naik taraf dengan penawaran Kingston.

Gaming 2026 perlukan RAM dan storan pantas

Gamers macam anda pastinya menyumpah-nyumpah dengan lag atau tempoh loading yang panjang. Untuk basmi isu tersebut, cuba usyar dua barangan berikut:

Kingston FURY Renegade G5 SSD

PCIe 5.0, baca/tulis sepantas 14,800/14,000 MB/s, storan sehingga 4TB. Memang sesuai untuk komputer high-end anda.

Kingston FURY Beast DDR5 RGB

RAM berkelajuan tinggi dengan ODECC untuk pastikan sistem stabil sepanjang masa. Dibina khas untuk multitugasan ataupun penstriman sewaktu gaming.

Orang kreatif perlu storan luas untuk simpan karya

Golongan kreatif perlukan storan untuk simpan segala macam hasil kerja mereka. Video 4K atau gambar beresolusi tinggi biasa makan ruang storan yang banyak. Solusinya adalah seperti berikut:

Kingston NV3 PCIe 4.0 SSD

Perpindahan data sehingga 6,000/5,000 MB/s, format kompak M.2 sehingga 4TB. Padan dengan Adobe Premiere ataupun Photoshop.

KC3000 PCIe 4.0 SSD

Kelajuan sehingga 7,000 MB/s, sistem penyejuk tersembunyi untuk pastikan projek penyuntingan video tak terganggu.

Storan mudah alih untuk nomad digital

Untuk pelajar, pekerja pejabat yang perlu storan dalam poket untuk buat salinan gambar atau vide daripada telefon pintar, kamera, atau drone, cuba cari storan mudah alih jenis SSD.

XS1000R External SSD

Storan bersaiz poket dengan kelajuan perpindahan sehingga 1,050 MB/s. Boleh guna untuk PC, Mac, telefon, dan tablet. Sesuai untuk salinan data waktu melancong atuapun sandaran harian.

XS2000 Portable SSD

Kelajuan sehingga 2,000 MB/s, lebih lasak IP55, cukup pantas untuk pindah video 4K berdurasi 60 minit dalam masa 30 saat sahaja. Ini solusi untuk vlogger.

Dual Portable SSD

Storan poket tanpa perlukan kabel. Ada port USB-C dan USB-A atas badan dan boleh tawar sotran sehingga 2TB. Sangat seusai untuk pelajar ataupun pekerja pejabat.

Kenapa barangan dari Kingston ini penting?

Storan dan memori RAM pantas sangat memudahkan kerja seharian. Ia jimatkan masa, kurangkan risiko data hilang, dan elakkan anda tertekan. Buat anda yang tengah rancang untuk naik taraf komputer ataupun gajet untuk tahun baharu, produk Kingston boleh anda pertimbangkan. Anda boleh beli barangan yang dinyatakan dalam artikel ini di bawah:

Sokong inisiatif ini:

Penghasilan kandungan bermanfaat memang mengambil masa. Anda boleh bantu laman web ini terus beroperasi dengan lakukan apa-apa sahaja pembelian melalui pautan di bawah.

Butang Shopee BukuNota tanda sokongan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *