Kodak Charmera nampak macam in-trend dalam dunia fotografi sekaraang, macam patung Labu-labu dulu. Ia adalah sebuah kamera mini, sangat kecil sehingga boleh dijadikan keychain. Harga rasminya adalah USD30 (~RM121) tapi kalau anda pergi di Shopee & Lazada, harganya lebih hampir kepada RM200 dan ada yang lebih RM300.

Sebab Kodak Charmera viral
Spesifikasinya taklah gempak mana. Ia cuma ambil gambar beresolusi 1.6MP berbanding kamera iPhone anda yang boleh ambil sehingga 48MP. Tapi kenapa orang gilakan Kodak Charmera?Kodak Charmera nampak macam kamera mainan.

Badannya berwarna terang dan berwarna warni. Selain gambar 1.6MP, ia juga boleh rakam video. Itu sahaja. Tapi Kodak jualnya dalam kotak rahsia, seperti konsep gacha, yang bolehkan pembeli dapatkan kamera dengan corak berbeza secara rawak.

Ada 7 rekaan semuanya dengan 1 corak lebih rare iaitu badan lutcahaya. Kebarangkalian untuk dapatkan Charmera itu adalah 1 dalam 48 ataupun hanya 0.02%. Jadi ternyatalah, produk ini adalah barangan collectible.
Dalam saluran YouTube Kodak, tiada pun kandungan yang promosikan Charmera. Tiada iklan, tiada gambar, tiada pempengaruh yang diupah. Kodak sendiri dilihat hanya bergantung penuh kepada pengguna untuk dedahkan produk ini.
Di TikTok, kebanyakan video yang viral tidak menekankan pada kualiti sangat. Banyak tentang reaksi buka kotak, dan gantungnya sekeliling beg, penggunaan sewaktu parti ataupun di jalanan.
Pendapat pengguna yang sokong Kodak Charmera
Buat pengguna muda, ia adalah satu pengalaman baharu, lain daripada menggunakan kamera telefon yang ternyata lebih berkuasa. Sebenarnya Kodak Charmera diinspirasikan daripada produk klasik.
Kodak ada satu kamera segera iaitu Kodak Fling yang popular dalam tahun 1987. Buat penguna yang lebih dewasa, nostalgia mereka munkgin tercuit. Tapi, ramai juga pembeli Charmera daripada golongan muda, cukup muda sehinggakan mereka pun belum lahir waktu zaman kegemilangan Kodak.

Sumber: Robin Wong
Tak mustahil golongan ini lihat Charmera sebagai salah satu trend seperti mereka lihat pada Labu-labu, botol air Stanley, dan yang lain-lain. Kodak kini tak sama seperti Kodak yang dulu.
Kodak keluar daripada industri kamera digital dalam tahun 2012 kerana muflis. Produk kamera digital Kodak yang ada dalam pasaran hari ini adalah hasilan pihak ketiga yang mengguna pakai lesen Kodak, salah satunya adalah daripada JK Imaging.

Sumber: Robin Wong
Pendapat pengguna yang bankang Kodak Charmera
Yang tahu, tahulah. Yang tak, mereka anggap Charmera adalah sesuatu yang segar. Netizen yang tersangkut dengannya katakan Charmera adalah kecil dan mudah dibawa, kualiti gambar adalah identitinya, lebih seronik untuk digunakan, kotak rahsia jadikan lebih menarik, dan sesuai dijadikan hadiah.

Sumber: Robin Wong
Ada juga yang tahu akan kualiti gambarnya. Tapi disebabkan ia tidaklah mahal, jadi mereka nak cuba juga. Buat pengkritik, “modal” yang mereka ketangahkan adalah seperti:
- kamera telefon dah cukup berkuasa
- sensor terlalu kecil dan ketinggalan
- harga tak masuk akal
- tambah e-sisa dalam persekitaran
Malah, ada yang cakap di AliExpress ada produk generik yang boleh didapatkan pada harga bawah USD10 (~RM50).
Paling menjengkelkan golongan ini adalah konsep blind box. Ia jadi lubuk scalper yang ingin menangguk di air keruh. Tinggi permintaan, stok yang terhad, maka naiklah harganya. Buat yang berminat untuk dapatkannya, Kodak Charmera boleh didapatkan di Shopee.
Spesifikasi Kodak Charmera
Sensor & Lensa Kamera
- Sensor digital: 1/4” CMOS
- Panjang fokal: 35mm
- Apertur: F2.4
Output media
- Output imej: 1440 x 1080 (1.6MP)
- Format imej JPEG
- Output video: 30 fps
- Format video: AVI
Storan
- Medium storan: mikro-SD
- Luas storan: Sehingga 128GB
Ketersambungan
- USB-C untuk pindah data
- USB-C untuk cas bateri
Dimensi fizikal
- 58mm panjang, 24.5mm tinggi, 20mm lebar
- Berat ~30g
- Bateri 200mah