BukuNota

Portal maklumat terkini Malaysia

Perkeso Lindung 24 Jam kini tak wajib: Apa yang berubah?

Tak sampai sebulan, Perkeso Lindung 24 Jam kini tak lagi wajib. Ketahui apa yang berubah dan cara untuk hentikan caruman.

Implementasi skim Lindung 24 Jam Perkeso kini tak lagi wajib menurut pengumuman Jemaah Menteri berkuat kuasa serta merta. Ia adalah perubahan ke atas Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja (SKBKK) kurang sebulan daripada pelaksanaannya.

Ia selepas pihak kerajaan menghimpunkan maklum balas daripada rakyat berkenaan kewajipan mencarum skim baharu ini. Walau bagaimanapun, SKBKK tetap ditawarkan dan perlindungannya tetap sama untuk individuyang memilih untuk meneruskan caruman.

Caruman Lindung 24 Jam kini sukarela

Sebelum ini, Lindung 24 Jam telah diperkenalkan sebagai skim perlindungan automatik untuk pekerja yang tergolong di bawah Akta Keselamatan Pekerja 1969 (Akta 4).

Di bawah skim perlindungan tersebut, pekerja wajib mencarum 0.75% daripada gaji bulanan, terhad kepada gaji RM6,000. Caruman ditolak oleh majikan bagi pihak pekerja dan dibayar kepada Perkeso.

Dengan pengumuman baharu ini, caruman tak lagi wajib tapi menjadi sukarela.

Sebenarnya 0.75% adalah kadar untuk Fasa 1 yang berjalan sehingga 31 Mei 2028. Pada Fasa 2 pula kadarnya akan naik kepada 1.00% dan bermula Jun 2031, kadarnya adalah 1.25%.

LINDUNG 24 JAM PERKESO: Potongan kecil, perlindungan besar?

Apa itu Lindung 24 Jam Perkeso

Lindung 24 Jam memberikan perlindungan kewangan terhadap kemalangan yang berlaku ke atas pencarum di luar waktu bekerja dan yang tak berkaitan dengan pekerjaan.

Perlindungan sedia ada adalah Skim Lindung Pekerja (EIS) yang beri perlindungan kewangan keatas kemalangan yang berlaku dalam tempoh bekerja. Jadi, seperti namanya, Lindung 24 Jam Perkeso melanjutkan perlindungan kepada individu menjadi sepanjang masa.

Antara contoh yang diberikan adalah seperti kemalangan sewaktu aktiviti sukan, perjalanan atas sebab peribadi, ataupun sewaktu percutian keluarga.

Apa perubahan manfaat Lindung 24 Jam Perkeso?

Manfaat yang ditawarkan Lindung 24 Jam tidak berubah walaupun ia kini tak lagi wajib untuk dilanggan. Buat pekerja yang meneruskan caruman, mereka akan terima manfaat seperti rawatan perubatan, bantuan kehilangan upaya sementara, penggantian pendapatan sewaktu pemulihan, pampasan jika kecacatan kekal, perkhidmatan rehabilitasi, dan lain-lain bantuan.

Skim ini adalah berbeza daripada insurans yang bermakna pekerja masih boleh menerima manfaat tambahan daripada polisi insurans sedia ada.

Perlu daftar keluar ataupun dikeluarkan secara automatik?

Satu soalan penting yang masih tidak berjawab adalah adakah pekerja perlu memohon untuk dikeluarkan ataupun semua dikeluarkan secara automatik daripada skim Lindung 24 Jam. KESUMA katakan yang butiran lanjut akan diumumkan kemudian termasuklah maklumat tentang cara untuk meneruskan caruman sukarela skim ini.

Sumber: Harian Metro