Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) telah keluarkan satu lagi siaran media untuk perjelaskan isu Lindung 24 Jam Perkeso. Selepas mengumumkan Lindung 24 Jam kini tak lagi mandatori, arahan terbaharu daripada kementerian adalah arahan tersebut terpakai untuk pekerja tempatan sahaja. Ia bermakna, pekerja asing masih lagi perlu melanggan skim tersebut.
Perkeso Lindung 24 Jam kini tak wajib: Apa yang berubah?
Pekerja Malaysia boleh sertai secara sukarela
Lindung 24 Jam atau turut dikenali sebagai Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja (SKBKK) telah dikuatkuasakan Perkeso bermula Jun 2026 lepas. Ia seperti insurans tetapi perlindungannya adalah di luar waktu kerja kerana dalam waktu kerja, satu lagi skim lain sudah ada iaitu Skim Lindung Kerjaya (EIS).

Di bawah SKBKK, potongan sebanyak 0.75% dikenakan kepada gaji pekerja dengan siling RM6,000 sebagai caruman. Itu adalah kadar potongan Fasa 1. Terakhir ataupun Fasa 3, kadarnya jadi 1.25% dan ia adalah caruman yang berbeza EIS. Tidak mengejutkan terdapat ramai pengguna di Malaysia yang mengeluh seperti yang boleh dilihat di media-media sosial.

Walau bagaimanapun, berita kurang baik untuk pekerja asing, mereka wajib untuk mencarum Lindung 24 Jam. Perkeso pertahankan keputusan ini berlandaskan Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4).
Masih ada kekaburan tentang Lindung 24 Jam
Sungguhpun kerajaan dah sahkan yang Lindung 24 Jam kini bukan lagi mandatori, ada beberapa maklumat masih belum ada. Perkara paling penting adalah apakah mekanisme untuk keluar daripada Lindung 24 Jam. Adakah pekerja perlu lakukan permohonan keluar dan mohon untuk masuk semula sekiranya berminat. Ataupun, semua dikeluarkan secara automatik tetapi boleh memohon semula untuk sertai Lindung 24 Jam secara sukarela.
Sumber: KESUMA
