BukuNota

Portal maklumat terkini Malaysia

Bolehkah sertai semula Lindung 24 Jam selepas opt-out

Bolehkah sertai semula Lindung 24 Jam selepas opt-out

Perkeso dan Lindung 24 Jam masih belum selesai. Dalam masa kurang daripada seminggu, ada macam-macam perubahan dilakukan. Ia dimulakan dengan keperluan mandatori untuk carum skim Lindung 24 Jam yang kemudian berubah jadi sukarela.

Selepas sukarelah, Perkeso umumkan pula yang ia mandatori untuk pekerja asing. Selepas itu, sewaktu sidang media dengan CEO Perkeso, Dato’ Sri Dr. Mohammed Azman bin Dato’ Aziz Mohammed, katakan yang boleh keluar dan masuk pada bila-bila masa. Anda boleh rujuk klip video di bawah.

Walau bagaimanpun, maklumat itu bercanggah dengan dokumen FAQ yang dikeluarkan Perkeso bertarikh 13 Julai 2026. Bila anda rujuk soalan 6, “Adakah pekerja yang telah memilih Skim Lindung 24 Jam boleh memilih untuk tidak mencarum di masa hadapan?”, jawapannya menggambarkan anda tak boleh opt-out selepas 31 Ogos 2026.

Bahagian yang sukarela sebenarnya terpakai untuk individu yang baru masuki pasaran tenaga kerja. Mereka perlu putuskan sama ada hendak sertai Lindung 24 Jam ataupun tidak dalam masa 30 hari selepas mula bekerja. Anda boleh rujuk sialan 19, “Bilakah tempoh bulan carum bermula sekiranya pekerja ingin menyertai Lindung 24 Jam?”

Opt-out Lindung 24 Jam sebelum 31 Ogos 2026

Sekiranya arahan seperti dalam dokumen FAQ terpakai, pengguna yang ingin keluar daripada skim Lindung 24 Jam perlu melakukannya sebelum 31 Ogos 2026. Ada dua kaedah disediakan sekiranya ingin opt-out. Yang pertama adalah secara dalam talian dengan panduan boleh dirujuk melalui dokumen ini.

Kaedah yang kedua adalah dengan mengisi borang secara manual dan hantar permohonan kepada Jabatan Sumber Manusia pejabat masing-masing.