Cuti semester, cuti sekolah dah nak tamat. Maknanya, ramai yang bergegas dapatkan kelengkapan sebelum sesi pembelajaran bermula. Pelajar kini banyak guna gajet elektronik seperti laptop, telefon pintar, dan lain-lain untuk buat tugasan, pembentangan, penyelidikan, ataupun bila masa senggang, berhibur. Kingston ada tawarkan pelbagai produk untuk pastikan pembelajaran kekal efisien.
Ini 5 senarai semak tech untuk kembali ke sekolah yang perlu anda pertimbangkan.
1. SSD pantas, boot-up kilat
Komputer boleh dianggap tulang belakang pelajar zaman ini. Selain ada CPU dan GPU berkuasa, satu cara mudah dan berkos rendah untuk lajukan komputer ataupun laptop yang perlahan adalah dengan tukarkan HDD kepada SSD. Tujuan tukar SSD adalah untuk perpindahan data yang pantas dan anda boleh terus rasai perbezaan khususnya bila hidupkan laptop.
Kingston NV3 PCIe 4.0 NVMe SSD ada halaju baca sehingga 6,000MB/s dan ditawarkan dalam keluasan 4TB.

Beli Kingston NV3 PCIe 4.0 NVMe SSD
2. RAM banyak, multitasing mudah
Jalankan banyak aplikasi dalam satu masa perlukan kapasiti RAM yang luas. Microsoft Word, pelayan web, Claude Code, dan lain-lain semuanya perlukan RAM untuk bergerak walaupun di bahagian latar. Kalau tak cukup, sistem komputer akan matikan aplikasi latar untuk beri keutamaan pada yang aktif.
Kingston FURY Beast DDR5 RGB direka untuk bebanan berat aplikasi termasuk gaming. Ia ada on-die ECC, dual subchannel, dan pengurusan tenaga teringtegrasi.

Beli Kingston FURY Beast DDR5 RGB
3. Storan cukup untuk simpan tugasan dan projek
Pelajar jurusan kreatif pastinya perlu ruang storan komputer luas untuk simpan segala bahan kerja. Model 3D, video 4K, klip b-roll, dan banyak lagi boleh makan ruang storan dengan pantas. Ada SSD yang cukup ruang simpanan bermakna pelajar tak perlu buang masa pilih fail lama yang mana perlu dibuang untuk sediakan tempat untuk yang baharu.
Kingston KC3000 PCIe 4.0 NVMe SSD tawarkan kelajuan perpindahan data sehingga 7,000MB/s yang laksana kerja pada prestasi tinggi.
Beli Kingston KC3000 PCIe 4.0 NVMe SSD
4. Storan mudah alih untuk digital nomad
Dari fakulti ke fakulti. Dari kelas ke kelas. Pelajar bergerak ke sana ke mari. Kerja dalam kumpulan biasanya akan ada masa perlu pindah fail dalam kalangan ahlinya. Ada storan mudah alih tentu memudahkan.
Kingston Dual Portable SSD dan Kingston XS1000 External SSD ada sambungan USB-A dan USB-C dan mampu pindahkan data sepantas 1,050MB/s.

Beli Kingston XS1000 External SSD
5. Pemacu kilat USB masih berguna
Kadang-kadang, yang ringkas itu lebih berguna. Pendrive bersaiz tapak tangan berguna untuk pindah data dengan pantas antara komputer. Harganya juga lebih murah, kalau hilang tidaklah sakit hati sangat.
Kingston DataTraveler Exodia S ada USB 3.2 Gen 1 dan ditawar dalam keluasan sehingga 512GB.

Beli Kingston DataTraveler Exodia S
Senarai semak sebelum mula semester
Sebelum semester bermula, periksa kelengkapan pembelajaran untuk:
- Laptop atau PC dengan SSD pantas
- RAM mencukupi untuk multitasking
- Storan luas untuk tugasan atau projek
- Storan mudah alih untuk arkib projek
- Pemacu kilat USB untuk perpindahan pantas
Sifirnya bukan cari yang paling mahal. Ia lebih kepada guna alat yang betul untuk tugas yang betul.
