Pengecualian AFA & SST diperluas kepada pengguna 800kWh

Kerajaan umumkan peluasan perlindungan bil elektrik kepada pengguna TNB domestik dengan penggunaan sehingga 800 kilowatt-jam (kWh) sebulan, berbanding had sebelum ini sebanyak 600 kWh. Seperti yang diumumkan PMX Anwar Ibrahim, ia berkuat kuasa bagi penggunaan elektrik September hingga 31 Disember 2026, sebagai tindakan segera susulan peningkatan penggunaan elektrik dalam sesetengah isi rumah.

Kerajaan menyentuh keadaan jerebu dan cuaca lebih panas menyebabkan penggunaan elektrik meningkat, sehingga sebahagian pengguna melepasi paras 600 kWh dan berdepan kenaikan bil.

Apa yang pengguna bawah 800kWh/bulan nikmati?

Inisiatif ini terpakai untuk pelanggan kediaman (domestik) yang guna sehingga 800 kWh sebulan. Buat golongan yang terlibat, kerajaan umumkan memberikan pengecualian terhadap tiga komponen:

  • Pelarasan Kos Bahan Api Automatik (AFA)
  • Caj Peruncitan
  • Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST)

Ini bermakna pengguna yang sebelum ini berada dalam lingkungan 601 hingga 800 kWh kini turut mendapat perlindungan tersebut sehingga akhir 2026. Kalau anda masih belum jelas tentang cara pengiraan bil TNB, anda boleh rujuk artikel kami yang terdahulu.

Tarif TNB baharu Julai 2025: Ini semua perlu anda tahu

Salah satu komponen penting ialah AFA, yang boleh berubah mengikut kos bahan api dan kadar pertukaran asing. Kadar AFA dikemas kini secara bulanan dan kalau anda tak jelas tentang AFA, anda boleh baca artikel kami yang terdahulu.

Kadar AFA TNB positif Mei 2026, ini kesan atas bil elektrik anda

Perlindungan 800 kWh hanya sementara

Perlu diingat bahawa had baharu 800 kWh ini bukan perubahan kekal. Ia hanya terpakai untuk penggunaan elektrik September hingga 31 Disember 2026.

Kerajaan juga akan terus memantau kos bahan api dan keadaan pasaran tenaga bagi menentukan langkah berkaitan tarif elektrik seterusnya.

Dalam masa sama, pengguna boleh memantau penggunaan melalui aplikasi myTNB, menetapkan penghawa dingin pada 24°C hingga 26°C, menggunakan pemasa dan mempertimbangkan pelan Time of Use (TOU) untuk mengurus penggunaan elektrik.

Sumber: Anwar Ibrahim