Kekeliruan syarat RM15,000 simpanan Tabung Haji diperjelas

Tabung Haji (TH) telah perjelas syarat simpanan RM15,000 untuk sistem Kelayakan Giliran Haji Automatik akan dilaksanakan mulai 2029. Tak semestinya simpan dalam Tabung Istitoah

Tabung Haji (TH) telah perjelas syarat simpanan RM15,000 untuk sistem Kelayakan Giliran Haji Automatik akan dilaksanakan mulai 2029. Sebelum ini, terdapat penjelasan yang menyatakan pendeposit perlu mempunyai RM15,000 di dalam Tabung Istito’ah.

RM15,000 dikira jumlah simpanan Tabung Haji

Setelah dihubungi melalui fungsi chatbot rasmi, pihak Tabung Haji mengesahkan bahawa RM15,000 tersebut merujuk kepada jumlah keseluruhan simpanan dalam akaun TH, iaitu baki Tabung Am dan Tabung Istitoah yang dijumlahkan.

Tabung Haji (TH) telah perjelas syarat simpanan RM15,000 untuk sistem Kelayakan Giliran Haji Automatik akan dilaksanakan mulai 2029. Tak semestinya simpan dalam Tabung Istitoah

Sebagai contoh, pendeposit yang mempunyai:

  • RM10,000 dalam Tabung Am
  • RM5,000 dalam Tabung Istitoah

Pendeposit sepatutnya layak berada dalam sistem Kelayakan Giliran Haji Automatik kerana mempunyai simpanan berjumlah RM15,000 dan memenuhi syarat minimum tersebut. Ia selari dengan FAQ rasmi TH yang katakan kelayakan giliran Haji akan diberikan secara automatik apabila pendeposit mencapai simpanan minimum RM15,000 di TH, tanpa perlu membuat pendaftaran Haji secara manual.

Kenapa timbul kekeliruan mengenai RM15,000?

Kekeliruan berlaku selepas respons awal daripada chatbot TH kepada saya menyatakan pendeposit perlu mempunyai RM15,000 dalam Tabung Istitoah selewat-lewatnya pada 31 Disember 2028 untuk mengekalkan kelayakan giliran Haji.

Respons sama turut menyatakan TH akan memindahkan RM14,995 daripada Tabung Am ke Tabung Istito’ah, dengan RM5 kekal dalam Tabung Am.

Jika kedua-dua kenyataan itu ditafsirkan secara harfiahnya, ia bermakna pendeposit memerlukan RM15,005 secara keseluruhan iaitu RM15,000 dalam Tabung Istitoah dan RM5 dalam Tabung Am. Untuk info tambahan, RM5 adalah baki minimum yang wajib dikekalkan dalam Tabung Am.

RM15,000 perlu dikekal untuk tawaran haji

Ada satu perkara penting yang perlu diberi perhatian. Mencapai RM15,000 tak cukup untuk layakkan anda terima tawaran haji. TH katakan pendeposit perlu mengekalkan baki minimum RM15,000 pada setiap masa untuk terus kekal sistem Kelayakan Giliran Haji Automatik.

Jadi, jika jumlah simpanan kemudiannya jatuh di bawah RM15,000, ia boleh menjejaskan kelayakan pendeposit untuk kekal dalam sistem giliran.

Tabung AmTabung IstitoahJumlah SimpananKelayakan Giliran Haji
RM10,000RM5,000RM15,000✅ Layak
RM15,000RM0RM15,000✅ Layak
RM5RM14,995RM15,000✅ Layak
RM10,000RM2,000RM12,000❌ Tidak layak
RM2,000RM10,000RM12,000❌ Tidak layak

Jadi, mulai 2029, mari kekalkan sekurang-kurangnya RM15,000 dalam akaun TH untuk dapat jemputan haji bila tiba giliran.