Kingston Technology kekal jadi pembekal modul DRAM terbesar di dunia (untuk pihak ketiga) dengan memegang 62% bahagian pasaran, menurut TrendForce.

Pendek kata Kingston mereka kuasai hampir dua pertiga daripada pasaran modul DRAM kategori itu di dunia. Itu adalah rekod untuk 23 tahun berturut-turut.Pada masa sama, pasaran modul DRAM global berkembang dengan ketara sepanjang 2025. TrendForce anggarkan yang pasaran tersebut menjana sekitar AS$21.2 bilion (kira-kira RM90 bilion), meningkat sebanyak 59% berbanding tahun sebelumnya.
Pertumbuhan ini didorong oleh kenaikan harga DRAM serta peningkatan jumlah pengeluaran, terutama pada separuh kedua 2025. Perolehan Kingston sendiri meningkat 48% tahun ke tahun.
AI dahagakan DRAM
Antara perubahan terbesar dalam pasaran memori kebelakangan ini adalah peningkatan permintaan daripada pusat data dan infrastruktur AI.
Penyedia perkhidmatan awan mempernanyak pemasangan pelayan untuk menyokong beban kerja AI, termasuk aplikasi AI agentik. Oleh sebab itu lebih banyak memori diperlukan untuk pengoperasian mereka dan ia menjejaskan bekalan untuk PC pengguna biasa.
Ia lantas menyumbang kepada peningkatan harga memori sepanjang 2025. Ringkasnya, pertumbuhan AI bukan hanya meningkatkan permintaan terhadap cip pemprosesan seperti GPU, tetapi turut meningkatkan keperluan terhadap semua komponen yang ada memori.
Kingston ada produk memori untuk semua kegunaan
Kingston mereka keluarkan kedua-dua produk DDR4 dan DDR5 untuk pelbagai kegunaan. Mereka ada pelanggan yang mengusahakan pengkalan data, pelayan, infrastruktur AI bertaraf industri dan persuhaan sehinggalah sekecil-kecil gamers yang bina PC.
Kingston berkata skala perolehan dan pengurusan inventorinya membantu syarikat mengurus perubahan pasaran sepanjang 2025. Perniagaan B2B juga menjadi antara pemacu pertumbuhan, khususnya apabila pelanggan perusahaan dan pusat data memerlukan bekalan memori yang konsisten.
Dengan AI terus meningkatkan penggunaan infrastruktur pusat data, perkembangan ini menunjukkan bahawa permintaan terhadap RAM bukan lagi hanya bergantung kepada jualan PC dan peranti pengguna. Keperluan AI dan pusat data kini turut memainkan peranan besar dalam menentukan arah pasaran memori global.
