Stesen ECRL: Senarai Lengkap Semua Hentian & Info Menarik

Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) adalah jaringan kereta api dengan panjang 665km. Ia hubungkan Kota Bharu di Kelantan hinggalah ke Pelabuhan Klang di Selangor. Untuk fasa pertama, laluan yang akan dibuka adalah daripada Kota Bharu ke Gombak sementara laluan selebihnya dalam Selangor masih dalam pembinaan.

ECRL menyediakan perkhidmatan penumpang dan kargo, dengan tren penumpang mampu bergerak sehingga 160 km/j dan tren kargo sehingga 80 km/j. Perkhidmatan penumpang telah beroperasi pertengahan Disember 2026 dengan perjalanan Gombak ke Kota Bharu mengambil masa sepantas 4 jam.

Daripada Kota Bharu ke Gombak, penumpang akan lalu sebanyak 15 stesen merentasi 4 negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Pahang dan Selangor. Halaman ini menyenaraikan semua maklumat berkaitan stesen ECRL yang perlu anda tahu.

Senarai Stesen ECRL

NegeriNo.Stesen ECRL
Kelantan1Kota Bharu
2Pasir Puteh
Terengganu3Jerteh
4Bandar Permaisuri
5Kuala Terengganu
6Dungun
7Kemasik
8Chukai
Pahang9Cherating
10Kuantan Port City
11KotaSAS
12Paya Besar
13Maran
14Temerloh
15Bentong
Selangor16Terminal Bersepadu Gombak (TBG)
17Bandar Serendah
18Puncak Alam
19Kapar
20Jalan Kastam
21Northport
22Westport

Stesen ECRL Kelantan

Kota Bharu

ECRL Kota Bharu adalah stesen paling hujung dan yang paling utara. Ia juga stesen ECRL paling hampir dengan lapangan terbang. Penumpang boleh terus ke Lapangan Terbang Antarabangsa Pengkalan Chepa yang letaknya kira-kira 18.2km ke utara.

๐Ÿ“ Pandu arah ECRL Kota Bharu

Pasir Puteh

The ECRL Station for Pasir Puteh is under construction.

ECRL Pasir Puteh terletak berhampiran sempadan Kelantan-Terengganu. Penduduk berhampiran seperti Gong Kedak, pekan yang terkenal dengan pangkalan tentera udara (TUDM) pastinya akan tertumpu ke stesen ini.

๐Ÿ“ Pandu arah ECRL Pasir Puteh


Stesen ECRL Terengganu

Jerteh

Pekan Jerteh adalah hub komersial utama untuk daerah Besut. Ia terletak di utara Terengganu berhampiran sempadan Kelantan-Terenggany. Ramai orang singgah ke Jerteh sebelum teruskan perjalanan ke tempat-tempat menarik sekitar Terengganu seperti Pulau Perhentian, Pantai Bukit Keluang, Lata Tembakah, Gunung Tebu, dan banyak lagi.

๐Ÿ“ Pandu arah ECRL Jerteh

Bandar Permaisuri

ECRL Station Bandar Permaisuri under construction

Bandar Permaisuri adalah pusat pentadbiran daerah Setiu di utara Terengganu. Pekan ini jadi pintu gerbang kepada lokasi persisiran pantai Terengganu yang menarik seperti Pantai Penarik, Pantai Rhu Sepuluh, Setiu Wetlands, Jeti Merang, dan Terengganu International Endurance Park.

๐Ÿ“ Pandu arah ECRL Bandar Permaisuri

Kuala Terengganu

๐Ÿ“ Pandu arah ECRL Kuala Terengganu

Dungun

Ibu negeri Terengganu, Kuala Terengganu, adalah salah satu bandar tumpuan utama di pantai timur. Ramai pelancong singgah untuk dapatkan bekalan sebelum berlepas ke pulau-pulau cantik negeri ini seperti Pulau Redang, Perhentian, dan Kapas. Bandarnya pula tak kurang dengan lokasi menarik untuk dilawati, antara yang popular adalah seperti Masjid Kristal, Kampung Cina, Pasar Payang, Muzium Negeri Terengganu, dan Pantai Batu Burok.

๐Ÿ“Pandu arah ECRL Dungun

Kerteh Spurline

Kemasik

Kemasik adalah mukim kecil dalam daerah Kemaman, terkenal dengan Pantai Kemasik. Lokasi ini terkenal dalam kalangan pekerja gas & minyak untuk berlibur kerana di sini terkenal dengan makanan sedap seperti keropok lekor, sata, dan otak-otak. Lokasinya strategik berhampiran Kawasan Perindustrian Petroleum Kerteh jadikannya sesuai untuk dimajukan jadi pekan logistik untuk industri itu.

๐Ÿ“ Pandu arah ECRL Kemasik

Kemaman Spurline

Chukai

Di selatan Kemasik ada pelabuhan perikanan yang letaknya di Chukai dan juga merupakan pusat pentadbiran daerah Kemaman. Sama seperti Kemasik, Chukai juga lokasi popular untuk dapatkan produk hasil laut dan industri kecil sederhana sangat maju di sini. Anda boleh temui kilang-kilang memproses ikan di Kuala Kemaman dan juga zon perindustrian Kemaman-Telok Kalong. Selain hasil laut, pantai-pantai terkenal sekitar Chukai yang boleh dilawati adalah seperti Pantai Teluk Mak Nik, Pantai Teluk Kalong, Tasik Biru Kemaman, dan lain-lain.

๐Ÿ“ Pandu arah ECRL Chukai


Stesen ECRL Pahang

Cherating

Cherating kawasan yang resort berhampiran bandar raya Kuantan. Ramai pelancong datang untuk lakukan aktiviti seperti luncur air. Cherating jugalah tempat letaknya pusat peranginan ikonik Club Med yang kini ditutup sementara selama 2 tahun selepas 47 tahun beroperasi, untuk tujuan naik taraf. Sementara tunggu naik taraf siap, anda boleh lawat santuari penyu Cherating untuk sebahagian aktiviti ekopelancongan.

๐Ÿ“ Pandu arah ECRL Cherating

Kuantan Port Spurline

Kuantan Port City

Stesen Kuantan Port City teletak di atnara Gebeng dan Balok. Ia menjadi penghubung perkhidmatan tren kargo dengan koridor perindustrian Pelabuhan Kuantan-Gebeng termasuklah Malaysia-China Kuantan Industrial Park (MCKIP). Kedudukannya yang berhampiran dengan pelabuhan menjadikan stesen ini dikhususkan untuk mengangkut kargo antara Pantai Timur dengan Pantai Barat Semenanjung Malaysia.

๐Ÿ“Pandu arah ECRL Kuantan Port City

KotaSAS

KotaSAS adalah sebahagian projek Bandar Baru Kuantan. Lokasinya strategik, berhampiran Universiti Islam Antarabangsa (IIUM), Terminal Sentral Kuantan, Kompleks Sukan Pahang, dan Kuantan Medical Centre. KotaSAS juga mempunyai akses mudah kepada LPT1 dan juga Kuantan-Kemaman Bypass memudahkan lebih ramai orang boleh menerima manfaat daripada stesen ECRL ini.

๐Ÿ“ Pandu arah ECRL KotaSAS

Paya Besar

Paya Besar kawasan yang pesat membangun berhampiran Gambang. Antara kelompok yang akan memanfaatkan ECRL Paya Besar adalah seperti mahasiswa yang menuntut di Universiti Malaysia Pahang (UMP), Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa (IIUM), dan Matrikulasi Gambang. Penduduk di Muadzam Shah juga ada akses ke Lembah Klang yang lebih baik, alternatif kepada perkhidmatan bas.

๐Ÿ“ Pandu arah ECRL Paya Besar

Maran

Maran mungkin pekan yang dah tak popular selepas LPT1 dibuka. Tapi ia masih kekalkan kehidupan kampung yang tenang. Tiada lokasi menarik di Maran kerana kedudukannya berhampiran Sungai Pahang yang tiada jambatan untuk menyeberang.

๐Ÿ“ Pandu arah ECRL Maran

Temerloh (Interchange KTMB)

Bandar ikan patin, Temerloh, adalah salah satu lokasi penting Pahang. Bandar Temerloh yang letaknya di tepi Sungai Pahang menikmati hasil sungai yang banyak. Stesen ECRL Temerloh dijangka menjadi gerbang kepada lokasi-lokasi ekopelancongan seperti Pusat Perlindungan Gajah Kuala Gandah, Taman Negara Jerantut.

๐Ÿ“ Pandu arah ECRL Temerloh

Bentong

Bentong adalah stesen terakhir ECRL sebelum servis meneruskan perjalanan ke merentasi negeri ke Selangor melalui Banjaran Titiwangsa. Antara yang menarik di Bentong adalah seperti Air Terjun Chamang, Bentong Walk, dan juga akses mudah untuk ke Genting Highlands dan Bukit Tinggi.

๐Ÿ“ Pandu arah ECRL Bentong


Stesen ECRL Selangor

Stesen Terminal Bersepadu Gombak (TBG, Interchange LRT)

๐Ÿ“ Pandu arah ECRL Gombak

Bandar Serendah (Interchange KTMB)

Puncak Alam

๐Ÿ“ Pandu arah ECRL Puncak Alam

Kapar

๐Ÿ“ Pandu Arah ECRL Kapar

Jalan Kastam (Interchange KTMB)

Akan Datang

Northport

Akan Datang

Westport

Akan Datang