Ikea Kallsup satu speaker Bluetooth mini yang harga cuma RM25. Ini adalah speaker Bluetooth termurah boleh anda beli di Ikea buat masa ini. Pada harga itu ia ada fungsi yang lengkap dan kualiti binaan yang bagus. Ini reviu ringkas saya tentang Ikea Kallsup
Ringkas dan padat
Badannya kubus, ringan, dan muat dalam tangan. Kawalannya ringkas, hanya ada dua butang di bahagian atas, satu untuk Play/Stop dan satu lagi butang Bluetooth untuk bawanya masuk ke pairing mode bila diperlukan. Di bahagian belakang badannya ada port USB-C untuk mengecas bateri yang terbina di dalam badannya.
Daripada helaian spesifikasi, saiz speakernya adalah 1.8” diameter dengan kuasa 3W, hayat baterinya diiklankan selama 9 jam tapi dengan syarat dimainkan pada 50% volume. Saya jangkakan ia hanya tahan separuh daripada itu. Pada harga RM25, ia ada fungsi daisy chain iaitu rangkaikan banyak-banyak Kallsup untuk jadi spaker parti.
Bunyi berbaloi untuk RM25
Untuk speaker kompak dan pada tanda harga sebegitu, saya katakan Kallsup ini berbaloi untuk dimiliki. Percubaan ringkas saya dapati yang speaker kecil ini ada soundstage yang agak sempit iaitu kekurangan pada bahagian bass. Saya tak rasa orang akan guna speaker ini untuk dengar audio lossless. Pada volume maksimum, trebel dia agak baik sesuai untuk kandungan yang ada dialog seperti radio, ceramah, bual bicara dan lain-lain. Saya berpeluang untuk cuba fungsi daisy chain kerana hanya ada satu unit demo disediakan.
Alternatif bajet Veppeby
Ikea Veppeby adalah satu lagi spaker kompak yang ditawrakan Ikea dan ia ada ciri yang sama saja macam Kallsup. Harganya RM49, dua kali ganda lebih tinggi tapi ada ciri tambahan iaitu ia kalis air IP67 yang bermakna ia boleh dibawa ke tempat basah. Jadi kalau anda tak perlukan ciri itu, Kallsup sudah memadai dan jimat RM25.
Layari laman produk Kallsup untuk maklumat lanjut.

