BukuNota

Portal maklumat terkini Malaysia

APAD: e-hailing Proton Saga boleh muat 4 penumpang, bukan 3

APAD jelaskan kapasiti penumpang adalah ikut Akta Pengangkutan Awam Darat (Akta 715) dan Garis Panduan Perkhidmatan e-Hailing sedia ada.

Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) telah terbitkan penjelasan berkaitan bilangan penumpang yang dibenarkan dalam kenderaan e-hailing. Ia bagi memperbetulkan info daripada poster yang sedang viral di media sosial dan menimbulkan kekeliruan dalam kalangan pengguna. Menurut APAD, poster bertajuk “Poster Bilangan Penumpang yang Dibenarkan Untuk Perkhidmatan E-Hailing” bukan daripada pihak mereka ataupun mana-mana agensi di bawah mereka.

APAD jelaskan kapasiti penumpang adalah ikut Akta Pengangkutan Awam Darat (Akta 715) dan Garis Panduan Perkhidmatan e-Hailing sedia ada.

Menurut APAD, bilangan penumpang yang dibenarkan dalam e-hailing adalah tertakluk kepada bilangan kerusi seperti yang diluluskan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), selari dengan Akta Pengangkutan Awam 2010 (Akta 716) dan peratura-peratuan e-hailing sedia ada. Untuk rujukan, kenderaan e-hailing mestilah ada antara 4 hingga 11 tempat duduk termasuklah kerusi pemandu. Bilangan penumpang yang dibenarkan adalah tidak melebihi kerusi yang ada, tidak termasuk pemandu.

Contohnya, Proton Saga mempunyai 5 tempat duduk. Jadi, penumpang ehailing yang dibenarkan untuk diangkut adalah 4 orang. Satu lagi contoh adalah Toyota Innova. Ia mempunya 7 tempat duduk yang bermakna seramai 6 orang pengguna e-hailing boleh diangkut pada satu-satu masa.

Walau bagaimanapun, penjelasan APAD telah mencetuskan kegusaran dalam kalangan pemandu e-hailing daripada segi kepraktikalan. Memang kerusi yang ada mamu memuatkan penumpang, namun persoalannya mampukah ia membawa mereka dengan selesa dan selamat apabila diambil kira berat, keadaan jalan, dan kos operasi yang perlu ditanggung pemandu dan bukannya syarikat e-hailing.

Kos operasi adalah tema komen yang paling banyak dalam bebenang APAD tentang bilangan penumpang e-hailing. Ramai merungut kadar tambang yang rendah tapi penumpang yang diangkut maksimum, lantas meningkatkan kos penyelenggaraan kenderaan.

Sumber: APAD