BukuNota

Portal maklumat terkini Malaysia

Budi Rakyat: Kaedah Baru Beli RON95 Diesel Subsidi

BUDI Madani Fasa 2 gabungkan RON95 dan Diesel bawah BUDI Rakyat. Ini perincian kuota,cara beli, dan cara mohon. BUDI Rakyat berkuatkuasa mulai Julai 2026.

Fasa 2 Budi Madani akan berkuat kuasa 1 Julai 2026 ini. Ia tandakan perubahan besar pada struktur subsidi Malaysia. Perubahan itu adalah subsidi untuk RON95 dan diesel telah disepadukan di bawah satu sistem, Budi Rakyat. Katanya untuk tambah baik kecekapan dan kurangkan ketirisan.

Di bawah kerangka kerja yang baharu ini, rakyat Malaysia yang layak akan nikmati harga RON95 dan diesel pada harga lebih murah selepas sahkan identiti guna MyKad ataupun platform pembayaran digital sewaktu di stesen minyak.

Budi Madani Fasa 2: Apa yang berubah

Sebelum ini, program subsidi RON95 adalah di bawah BUDI95 sementara diesel di bawah Budi Diesel Individu. Dalam fasa dua, Budi Diesel Individu akan mengikut mekanisme subsidi BUDI95 dan paduan ini dikenali sebagai Budi Rakyat. Hal ini bermakna, penerimaan RM400 bantuan tunai untuk diesel akan dihentikan untuk diganti dengan sistem kuota sama seperti yang diamalkan RON95.

BUDI Madani Fasa 2 gabungkan RON95 dan Diesel bawah BUDI Rakyat. Ini perincian kuota,cara beli, dan cara mohon. BUDI Rakyat berkuatkuasa mulai Julai 2026.

Kemudian, sistem Budi Diesel Individu ini akan terpakai di seluruh negara mencakupi Semenanjung Malaysia, Sabah, Sarawak, dan Labuan. Kalau nak banding sebelum ini RM400 tunai hanya diterima pengguna kenderaan diesel individu Semenanjung Malaysia sementara di Sabah/Sarawak/Labuan guna sistem subsidi menyeluruh iaitu tak perlukan pengesahan indentiti.

Budi Rakyat: Orang yang layak

Subsidi RON95 Budi Madani berjalan seperti biasa. Orang yang layak untuk gunakannya perlu penuhi syarat berikut. Dia seorang rakyat Malaysia, memiliki kad pengenalan untuk pengesahan, dan memegang lesen memandu yang aktif.

Kriteria penerima Budi Diesel juga sama tetapi dengan beberapa syarat tambahan. Penerima mesti memiliki kenderaan diesel yang didaftarkan dalam kategori persendirian dan perlu di sahkan oleh JPJ. Syarat kedua adalah kenderaan itu wajib ada cukai jalan yang aktif.

Budi Rakyat: Kuota RON95 & diesel sehingga 800L

Berkenaan kuantiti kuota yang layak dibeli guna harga subsidi, kuota Budi RON95 dan Budi Diesel adalah berkongsi. Bermakna, jika pemilik ada dua jenis kenderaan iaitu petrol dan diesel, dia perlu mencatu 200L itu ke atas kedua-dua kenderaannya.

Walau bagaimanpun terdapat kelonggaran apabila kuota tambahan boleh dimohon. Pemilik trak pikap atau SUV boleh mohon untuk dinaikkan kuota kepada 300L. Pemandu perkhidmatan seru pandu seperti Grab, AirAsia Move, Bolt, dan yang lain-lain boleh mohon sehingga 800L bergantung kepada jarak perjalanan harian, tertakluk kepada pengesahan operator platform.

Budi Rakyat: Tak semua jenis diesel harga subsidi

Di Malaysia, ada tiga jenis diesel dijual iaitu B7, B10, dan B15. Ia merujuk kepada peratusan biodiesel yang terkandung di dalamnya. Perlu diingatkan yang diesel B7 tidak termasuk bawah program subsidi Budi Madani. Ia bermakna, harga jualannya akan ikut Mekanisme Harga Automatik (APM), sama seperti RON97 yang tiada subsidi.

Budi Rakyat: Kaedah beli RON95 & diesel harga subsidi

Kaedah pembelian sedia ada seperti RON95 masih terpakai untuk Budi Madani Fasa 2 untuk beli RON95 dan diesel pada harga subsidi. Kaedah pertama adalah dengan mengesahkan kad pengenalan di pam minyak sebelum pengisian dilakukan. Kalau kad pengenalan tak dapat dibaca oleh mesin, kaedah paling mudah adalah guna platform ewallet.

Penyedia ewallet utama seperti Setel dan TNG eWallet boleh sahkan bagi pihak anda dan boleh beli minyak terus melalui aplikasi. Selain itu, aplikasi stesen minyak seperti Shell APP pun dah sokong pembelian minyak subsidi.

Budi Rakyat: Kenderaan diesel komersial tak termasuk

Operator pengangkutan dan logistik yang guna kenderaan diesel tidak termasuk dalam penerima Budi Madani Fasa 2. Mereka ada mekanisme yang tersendiri iaitu sistem kad fleet SKDS 2.0. Mereka masih terima diesel pada harga subsidi iaitu RM2.15/L. Layari laman rasmi program SKDS 2.0 untuk maklumat lanjut.

Sumber: Budi Rakyat