BukuNota

Portal maklumat terkini Malaysia

CelcomDigi lancar Spark, telco digital eSIM sepenuhnya

Spark tawar pelan prabayar serendah RM10 dengan eSIM

CelcomDigi mereka lancarkan telco digital baru, namanya Spark. Ia boleh dilihat sebagai spiritual successor kepada Yoodo yang dihentikan penawaran dalam bulan Ogos 2024. Bezanya, Spark hanya ditawarkan dalam bentuk eSIM. Sebagai telco digital sepenuhnya, semua proses berkaitan telco seperti pendaftaran dan pemasangan dilakukan melalui aplikasi Spark yang boleh dimuat turun di Android, iOS, ataupun Huawei.

Pelan prabayar Spark

Sebanyak 3 pelan asas ditawarkan oleh Spark sebagai permulaan. Base plan yang ditawarkan adalah:

  • Spark Mini
  • Spark Standard
  • Spark Plus
Spark tawar pelan prabayar serendah RM10 dengan eSIM

Spark Mini adalah yang paling asas bagi 3GB data. Spark Standard dengan Plus bagi kuota lebih banyak,  sambungan 5G dan kuota panggilan suara 100 minit.

PelanKuotaSuaraLain-lainHarga (RM)Tempoh Sah
Spark Mini3GB (4G)TiadaTiadaRM1530 hari
Spark Standard40GB (4G/5G)100 minitTiadaRM2530 hari
Spark Plus200GB (4G/5G)100 minitTiadaRM6530 hari

Spark Mini adalah yang paling asas bagi 3GB data. Spark Standard dengan Plus bagi kuota lebih banyak,  sambungan 5G dan kuota panggilan suara 100 minit.

Untuk waktu terhad, Spark juga maklumkan yang mereka tawarkan pelan Legacy High-Speed / Unlimited. Tidaklah diketahui sampai bilakah pelan ini akan ditawarkan tapi ia berikan lebih banyak pilihan kepada pengguna. Pelan yang dimaksudkan adalah:

  • High-Speed 20
  • High-Speed 25
  • High-Speed 45
  • High-Speed 63
  • Unlimited 35
  • Unlimited 43
Spark tawar pelan prabayar serendah RM10 dengan eSIM
PelanKuotaSuaraLain-lainHarga (RM)Tempoh Sah
High-Speed 2014GB (4G/5G)100 minitTiadaRM2030 hari
High-Speed 2545GB (4G/5G)100 minitTiadaRM2530 hari
High-Speed 4565GB (4G/5G)100 minitTiadaRM4530 hari
High-Speed 6385GB (4G/5G)100 minitTiadaRM6330 hari
Unlimited 35Tanpa Had100 minit6GB hotspotRM3530 hari
Unlimited 43Tanpa Had100 minit6GB hotspotRM4330 hari

Pas add-on untuk tambah kuota data, suara, SMS

Spark juga sediakan beberapa pas add-on untuk pelanggannya tambah kuota sekiranya tak cukup. Harga jualannya pas adalah serendah RM1 dan ia penting sebab Spark tiada ciri Pay-As-You-Use (PAYU). Untuk hantar SMS, pelanggan wajib beli pas add-on kerana tiada satupun pelan Spark yang ada kuota SMS untuk dihantar keluar.

Berikut adalah perincian pas add-on untuk Spark.

KategoriKuotaHarga
High-Speed Internet1GBRM1
High-Speed Internet3GBRM3
High-Speed Internet10GBRM5
High-Speed Internet25GBRM10
High-Speed Internet100GBRM30
Suara30 minitRM1
Suara500 minitRM5
SMS50 SMSRM1
SMS1000 SMSRM3

Sempena pelancaran, anda boleh gunakan kod SPARK5 untuk daftar talian anda di aplikasi Spark bagi dapatkan rebat RM5 untuk 12 bulan pertama. Promo ini sah sehingga 31 Disember 2025.

Anda boleh layari laman rasmi Spark untuk maklumat lanjut.