BukuNota

Portal maklumat terkini Malaysia

Lindung 24 Jam: Kalkulator Potongan & Kadar Penolakan

Mulai 1 Jun 2026, pekerja di Malaysia dah mula carum Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja (SKBBK) atau lebih dikenali sebagai Lindung 24 Jam kepada Perkeso. Selain memahami manfaat perlindungan yang ditawarkan, ramai pekerja mungkin tertanya-tanya berapakah jumlah potongan gaji yang perlu dibayar setiap bulan.

Berikut adalah kalkulator caruman Lindung 24 Jam. Alihkan slider mengikut tangga gaji anda untuk lihat berapa banyak potongan yang akan anda hadapi. Butiran cara pengiraan boleh anda baca selepas kalkulator.

Kalkulator caruman PERKESO

RM3,000
RM30 RM6,000+
Majikan (Lindung Pekerja)
Pekerja (Keilatan)
Pekerja (Lindung 24 Jam)
Jumlah Caruman

Berapa Kadar Caruman Lindung 24 Jam?

Caruman Lindung 24 Jam ditanggung sepenuhnya oleh pekerja. Ini bermaksud majikan tak dikenakan tambahan caruman untuk skim ini. Kadar caruman akan dilaksanakan secara berperingkat dalam 3 fasa. Maklumat fasa adalah seperti berikut:

Tempoh PelaksanaanKadar Caruman
Fasa 1: 1 Jun 2026 hingga 31 Mei 20280.75%
Fasa 2: 1 Jun 2028 hingga 31 Mei 20311.00%
Fasa3: Mulai 1 Jun 20311.25%

Bagi fasa pertama bermula 1 Jun 2026, pekerja akan dikenakan caruman sebanyak 0.75% daripada gaji bulanan, tertakluk kepada had siling gaji RM6,000.

Cara Kira Potongan Lindung 24 Jam

Formula asas pengiraan adalah:

Caruman Lindung 24 Jam = Gaji tertakluk caruman × kadar caruman

Untuk fasa pertama:

Gaji × 0.75%

Walau bagaimanapun, pengiraan hanya mengambil kira gaji sehingga had maksimum RM6,000. Ini bermaksud pekerja yang menerima gaji lebih tinggi daripada RM6,000 tidak akan membayar caruman tambahan melebihi had tersebut.

Contoh pengiraan:

Gaji BulananPengiraanCaruman Lindung 24 Jam
RM2,000RM2,000 × 0.75%RM14.65
RM3,000RM3,000 × 0.75%RM22.15
RM5,000RM5,000 × 0.75%RM37.15
RM6,000RM6,000 × 0.75%RM44.65
RM8,000RM6,000 × 0.75%RM44.65

Sebagai contoh, pekerja dengan gaji RM8,000 masih hanya dikenakan caruman berdasarkan had siling RM6,000.

Gaji Apa Yang Dikira Untuk Caruman Lindung 24 Jam?

Pengiraan caruman Lindung 24 Jam menggunakan takrif gaji di bawah Seksyen 2(24), Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4).

Secara umum, gaji yang diambil kira termasuk semua saraan yang perlu dibayar kepada pekerja seperti:

  • Gaji bulanan
  • Bayaran ketika cuti
  • Bayaran kerja lebih masa
  • Bayaran kerja tambahan pada hari kelepasan

Jenis bayaran tidak termasuk dalam pengiraan caruman, antaranya:

  • Caruman statutori seperti KWSP, kumpulan wang pencen atau caruman di bawah Akta 4
  • Elaun perjalanan atau nilai konsesi perjalanan
  • Bayaran perbelanjaan khas berkaitan pekerjaan
  • Ganjaran berhenti kerja atau persaraan
  • Bonus tahunan

Untuk rumusan, caruman Lindung 24 Jam PERKESO bermula pada kadar 0.75% daripada gaji bulanan mulai 1 Jun 2026 dan ditanggung sepenuhnya oleh pekerja Pengiraan caruman tertakluk kepada had siling gaji RM6,000, menjadikan jumlah maksimum caruman bagi fasa pertama sebanyak RM45 sebulan. Pekerja boleh menggunakan kadar ini untuk menganggarkan jumlah potongan tambahan yang akan dikenakan pada slip gaji mereka selepas pelaksanaan skim ini.

Sumber: Perkeso