Menteri Pengangkutan, YB Anthony Loke umumkan yang LRT3 Shah Alam akan mula angkut penumpang secara rasmi pada 29 Jun 2026 ini. Buat yang berminat, PMX Anwar Ibrahim akan hadir rasmikannya pada 28 Jun 2026.
LRT3 Shah Alam adalah sistem pengangkutan penumpang dengan laluan sepanjang 37.8km. Ia hubungkan Bandar Utama dengan Johan Setia di Klang melalui Petaling Jaya dan Shah Alam. Lebih 2 juta penduduk Lembah Klang dijangkan memanfaatkannya bila ia beroperasi kelak.
LRT3 Shah Alam mula operasi Jun 2026, ini kadar tambangnya
Daripada 25 stesen yang telah direncana, 20 stesen akan dibuka pada hari pertama operasi. Baki stesen yang masih belum dibina akan dibangunkan daripada masa ke masa bergantung kepada keperluan masa depan.
Pengendalinya, Prasarana, telahpun kongsikan info tambang LRT3. Perjalanan sehala hujung ke hujung dari Johan Setia ke Bandar Utama dikenakan tambang sebanyak RM4.90. Itu adalah kadar bayaran menggunakan tunai. DIskaun diberikan kepada kaedah pembayaran tanpa tunai iaitu RM4.30 sementara pemegang tiket konsesi dikenakan tambang RM2.40.
Projek LRT3 yang bermula pada 2017 mengambil masa lebih sembilan tahun untuk disiapkan. Selain pandemik COVID-19, projek ini turut berdepan kelewatan akibat isu integrasi sistem dan ujian perisian.
Apabila beroperasi sepenuhnya, LRT3 dijangka meningkatkan ketersambungan rangkaian pengangkutan awam di bahagian barat Lembah Klang, sekali gus membantu mengurangkan masa perjalanan dan kesesakan jalan raya.
Sumber: Awani
