BukuNota

Portal maklumat terkini Malaysia

LRT3 Shah Alam mula operasi, percuma sehingga 31 Julai 2026

Yang dinanti sudah tiba, akhirnya LRT3 Shah Alam dirasmikan oleh PMX Anwar Ibrahim. Laluan ini akan mula mengangkut penumpang pada 29 Jun 2026 pada jam 6 pagi. Ia lantas menandakan peluasan rangkaian pengangkutan awam di Lembang Klang.

Untuk menggalakkan orang ramai menggunakan LRT3 ini, kerajaan mengumumkan tambang percuma untuk semua penumpang sehingga 31 Julai 2026. Tambang percuma terpakai untuk LRT3 dan juga bas feeder yang menjadi penghubung orang ramai dengan stesen LRT3.

Sinergi LRT3 dengan rangkaian Lembah Klang sedia ada

LRT3 Shah Alam ini adalah sistem pengangkutan sepanjang 37.8km yang menhubungkan Johan Setia di Klang dengan Bandar Utama di Petaling Jaya. Sebanyak 20 stesen telah diaktifkan pada pelancaran kali ini dengan beberapa lagi stesen dalam perancangan masa depan.

Laluan ini berintegrasi dengan beberapa laluan sedia ada. Ada steseny ang ada pertukaran mudah dengan LRT Klana Jaya dan MRT Kajang yang memudahkan pengguna berhubung dengan beberapa lokasi di pusat bandaraya Kuala Lumpur seperti KL Sentral, Mid Valley, Bansar, dan Damansara.

Kekerapan LRT3 Shah Alam

LRT3 akan memiliki kekerapan antara 8 hingga 15 minit bergantung kepada ketetapan waktu puncak oleh pihak Prasarana. Perjalanan daripada hujung ke hujung dilaporkan mengambil masa kira-kira 70 minit. Apabila beroperasi sepenuhnya, Prasarana menjangkakan LRT3 Shah Alam akan memanfaatkan lebih 2 juta pengguna di Lembang Klang.

Servis bas pengantara juga akan berjalan untuk beri akses lebih mudah pengguna terhadap laluan baharu ini. Berikut adalah maklumat zon bas pengantara dan stesen LRT3 Shah Alam yang terlibat.

StesenZon
Glenmarie 2Temasya Glenmarie
Stadium Shah AlamSeksyen 13
Dato’ MenteriKTM Shah Alam
UiTM Shah AlamTerminal 17
Seksyen 7 Shah AlamPadang Jawa, U12 Cahaya Alam
Bandar Baru KlangTaman Berkeley
Jalan MeruTaman Eng Ann, Batu Belah
Jambatan KotaTaman Summit, Teluk Gadong
Seri AndalasTaman Sri Andalas
Klang JayaTaman Klang Ria
Bandar Bukit TinggiBandar Bukit Tinggi, Bandar Botanik, Bandar Puteri
Johan SetiaBandar Bestari, Teluk Panglima Garang, Rimbayu, Taman Pendamar Indah

Sumber: Bernama