Satu maklumat yang tiada apabila kerajaan umumkan skim Lindung 24 Jam tak lagi mandatori adalah macam mana untuk hentikan caruman. Perkeso dah kongsikan maklumat tersebut untuk yang tidak mahu melanggannya.
Pelaggan tidak akan secara automatik dikeluarkan daripada Skim Lindung 24 Jam. Sebaliknya, yang tidak mahu meneruskan langganan perlu menghantar permohonan pelepasan liability. Borang tersebut akan mula ditawarkan di laman Perkeso bermula Isnin, 13 Julai 2024.
Lindung 24 Jam guna sistem opt-put
Awal julai yang lalu kalau anda masih ingat, kabinet Malaysia tiba-tiba umumkan yang skim Perkeso Lindung 23 Jam ditukarkan kepada sukarela daripada mandatori selepas menerima reaksi negatif daripada orang awam. Walau bagaimanpun, skim ini masih wajib untuk pekerja asing.
Seperti melepaskan maklumat secara berkala, maklumat terbaru adalah untuk yang tidak mahu meneruskan caruman, mereka perlu mengisi borang Perakuan Pelepasan Liability (Liability Release Declaration) secara dalam talian seupaya majikan boleh lakukan penyelarasan pada pembayaran gaji pekerja yang seterusnya.
Untuk yang ingin meneruskan caruman, tiada sebarang tindakan diperlukan dan penolakan akan dilakukan secara bulanan.
Apa jadi kalau opt-out daripada Lindung 24 Jam?
Menurut Perkeso, Perakuan Pelepasan Liability adalah borang untuk sahkan yang mereka tidak ingin teruskan perlindungan di bawah Lindung 24 Jam. Hal ini bermakna, perilindungan tidak lagi ditawarkan di luar waktu kerja ataupun di luar tempat kerja seperti kemalangan di rumah, sewaktu bersukan. Pendek kata, tiada sebarang tuntutan boleh dibuat sekiranya kemalangan berlaku di luar waktu kerja.
Boleh sertai semula kalau berminat
Pilih untuk keluar daripada skim Lindung 24 Jam tidaklah kekal. Perkeso kata yang sesiapa saja yang ingin sertai semula boleh lakukannya pada bila-bila masa. Pengumuman terbaru ini lantas berikan maklumat yang sangat diperlukan pengguna untuk pertimbangkan sama ada ingin teruskan ataupun out-out Lindung 24 Jam.
Pengguna dinasihatkan untuk pertimbangkan kelebihan dan kekurangan jika mereka opt-out Lindung 24 Jam.
Sumber: Perkeso

