Samsung jenama popular di Malaysia. Produk mereka memang hangat di sini terutamanya TV dan setiap tahun mereka ada bawakan kemas kini, baik pada segi naik taraf teknologi mahupun bawakan produk lebih mampu milik pada pengguna. Jadi artikel ini akan kongsikan maklumat kemas kini tahunan TV Samsung bagi tahun 2026.
Hala tuju TV Samsung 2026
Samsung untuk penawaran TV mereka tahun 2026 nampak macam fokus pada TV kelas pertengahan berbanding ultrapremium. Contohnya, resolusi 8K dah dikecilkan penawaran kepada 1 saja. Kemudian mereka perkenalkan siri TV berteknologi Micro RGB yang ada tanda harga antara TV OLED dengan TV Neo QLED.
Untuk pengguna Malaysia, soalan yang ditanya tak lagi OLED vs LED. Tambahan pula, mereka tak perlu belanja besar untuk TV kualiti gambar cantik macam OLED sebab ada Micro RGB malah tahap kecerahan setanding LED biasa. Pendek kata, ia gabungkan manfaat OLED dan LED dalam satu produk.
Teknologi TV Samsung: OLED, Micro RGB, Neo QLED, dan Mini LED
TV Samsung guna beberapa jenis panel paparan yang berlainan bergantung kepada kegunaan dan paras harga pengguna di Malaysia. TV berkelas flagship Samsung berada dalam siri Micro RGB iaitu R95H dan R85H. Mereka guna panel jenis RGB LED atau dipasarkan samsung sebagai Micro RGB.
Siri ini pertama kali diperkenalkan Samsung dalam tahun 2026. Konsepnya sama seperti OLED iaitu setiap piksel ada warnanya tersendiri namun pikselnya bukan organik tetapi sintetik. Kelebihan teknologi ini adalah ia lebih cerah dan ada keupayaan HDR lebih baik daripada LED biasa. Mircro RGB dikatakan satu tahap lebih tinggi daripada OLED.
Siri ini sesuai untuk kegunaan ruang tonton yang cerah.

Beralih ke tahap yang seterusnya adalah siri OLED seperti S99H, S95H, dan S85H. Panel OLED bermakna tahap hitamnya adalah sebenar kerana piksel yang hitam tidak menyala langsung. Jadi ia ada julat HDR lebih luas daripada penal lain dan ia sesuai untuk ruang tamu yang kelam atau yang banyak tonton TV pada waktu malam.

Bergerak ke tahap yang lebih rendah, Samsung tawarkan TV dalam siri Neo QLED seperti QN80H dan QN70H. Mereka guna teknologi Mini LED yang dipadukan dengan penuras warna QLED. Ia TV sesuai untuk pengguna yang tak mahu belanja besar tapi masih dapat gambar cantik dan teknologi baik untuk tonton kandungan sukan atau bermain game.

Akhir sekali di paras paling bawah piramid penawaran Samsung kita ada Mini LED seperti M80H dan M70H. Ini adalah penawaran mampu milik Samsung yang masih ada spesifikasi agak baik. Contohnya pada harga permulaa, ia ada HDMI 2.1 yang sokong resolusi 4K120 untuk konsol permainan generasi baharu.

Ini cadangan TV Samsung daripada mampu milik ke ultrapremium
Kalau bajet bukan penghalang, anda boleh pertimbangkan model R95H RGB LED. Dekat bahagian panel, ia ada skrin yang cakupi 100% BT.2020 dengan saiz bermula 65” hingga 130”. Ruang tamu yang besar memang sesuai guna TV ini sebab panel RGB LED lebih cerah daripada OLED yang sangat-sangat diperlukan.
Kalau di luar bajet, Samsung sarankan solusi OLED seperti S95H dan S85H OLED. Untuk model 2026, panel paparannya 35% lebih cerah berbanding model yang lalu iaitu kecerahan capai 3,000 nits. Ia juga ada lapisan anti silau dan juga kadar segar semula 165Hz untuk para gamers. S99H lebih premium kerana ia ada bingkai besi untuk binaan yang lebih kukuh. S99H dan S95H boleh didapatkan dalam saiz 48” hingga 83”.
Ini mungkin akan menarik minat M40. S90H OLED adalah model premium untuk meriahkan ruang tamu. Model 2026 datang dengan lapisan matte yang kurangkan silau sewaktu menonton tapi masih kekalkan paras hitam OLED. Panel TV itu ada kadar segar semula 165Hz dan boleh didapati dalam saiz 42 hingga 83”.
Pengguna yang ada bajet ketat boleh cuba usyar Samsung M80H atau M70H Mini LED sebab ia tawarkan nilai terbaik pada segi saiz skrin dengan harga untuk siri TV Samsung 2026 ni. Anda boleh dapat saiz 55 hingga 85 pada harga terendah dengan sokongan HDMI 2.1 untuk gamers yang nak main PS5 atau Xbox One pada resolusi 4K120.
Harga TV Samsung 2026
| Model | Jenis Panel | Saiz | Harga (RM) |
|---|---|---|---|
| MRA85R95HAKXXM | Micro RGB | 85″ | 26,999 |
| MRA75R95HAKXXM | Micro RGB | 75″ | 21,999 |
| MRA85R85HAKXXM | Micro RGB | 85″ | 15,999 |
| MRA75R85HAKXXM | Micro RGB | 75″ | 11,999 |
| QA83S90HAEXXM | OLED | 83″ | 22,999 |
| QA77S90HAKXXM | OLED | 77″ | 19,999 |
| QA65S90HAKXXM | OLED | 65″ | 10,999 |
| QA83S85HAEXXM | OLED | 83″ | 21,999 |
| QA77S85HAEXXM | OLED | 77″ | 18,999 |
| QA100QN80HKXXM | Neo QLED | 100″ | 20,999 |
| QA85QN80HAKXXM | Neo QLED | 85″ | 12,499 |
| QA75QN80HAKXXM | Neo QLED | 75″ | 8,499 |
| UA85M80HAKXXM | Mini LED | 85″ | 8,599 |
| UA75M80HAKXXM | Mini LED | 75″ | 5,799 |
Cara beza TV Samsung 2026 dengan model lama
Nombor model TV Samsung, ia ikut cara penamaan yang mudah dan konsisten. Jadi kalau nak kenal pasti model baru dengan model lama anda kena lihat pada abjad paling akhir pada nama model. Contohnya, TV Samsung 2026 akan ada nama model berakhir dengan abjad “H”. Cuba scroll balik ke atas dan lihat semula model macam S95F, QN80H, dan R95H.
Tak percaya, cuba lihat senarai model TV Samsung 2025, anda akan temui model macam S95F, QN80F manakala model 2024 seperti S95D dan QN80D. Jadinya, kalau sifir ini diguna secara konsisten, kita boleh jangka model 2007 akan guna abjad “J” dan barisannya adalah S95J, QN80J, dan R95J.
Bila dah kenal pasti model tahun mana, barulah anda berani nak tawar menawar dengan penjual. Jangan jadi mangsa penjual yang nak tolak stok lama pada harga premium!
Sumber: Samsung
