BukuNota

Portal maklumat terkini Malaysia

Pasport Baru Malaysia 2026: Kenapa dan Bila Perlu Tukar

Pasport Baru Malaysia 2026: Kenapa dan Bila Perlu Tukar

Malaysia mula menerbitkan pasport jenis baru mulai 1 Julai 2026. Pengenalan ini adalah berfasa dan akan berjalan sehingga 25 Ogos 2026 untuk liputi semua pejabat imigresen, UTC, dan beberapa kedutaan Malaysia di luar negara. Rakyat bertanya tentang apa jadi dengan pasport lama? Baca untuk tahu jawapannya.

Kenapa Malaysia perkenalkan pasport baru?

pasport baaru ini adalah satu proses modenisasi biasa yang dijalankan Jabatan Imigresen. Menurut mereka, tujuannya adalah untuk pastikan pasport kita memenuhi piawaian semasa dan perkukuhkan ciri keselamatan daripada risiko pemalsuan. Pasport kali ini juga ditambah dengan lebih banyak elemen budaya Malaysia untuk beri lebih identiti padanya.

Kekeliruan tentang pasport baru

Ada sedikit kekeliruan dalam kalangan rakyat Malaysia yang fikir pasport lama akan tamat sah laku. Jadi ada yang tak senang duduk untuk perbaharui pasport mereka secepat mungkin. Sebenarnya maklumat itu tidak tepat.

Jabatan Imigresen dah jelaskan yang pasport sedia ada boleh digunakan mengikut tarikh yang dicetak di dalam dokumen perjalanan tersebut. Selain sah digunakan, tiada juga apa-apa larangan perjalanan dikenakan ke atas pasport lama. Maklumat yang perlu anda tahu adalah pengenalan pasport baru adalah berfasa dan akan ambil sedikit masa dan tidak akan menganggu perjalanan anda.

Untuk perjalanan antarabangsa, peraturan semasa masih terpakai. Contohnya, pasport perlu ada tempoh sah sekurang-kurangnya 6 bulan dan keadaan pasport berada dalam keadaan baik.

Tak semua imigresen tawar pasport baru

Pasport baru ini akan diperkenalkan secara berfasa mulai 1 Julai 2026. Peluasan ini akan meliputi semua pejabat Jabatan Imigresen, Pusat Transformasi Bandar (UTC), dan beberapa kedutaan Malaysia di luar negara. Proses ini mengambil masa sehingga 25 Ogos 2026 dengan fasa akhir melibatkan lokasi di luar Malaysia.

Permohonan talian & peraturan 10 tahun

Salah satu perubahan yang dilakukan pada pasport baharu ini adalah permohonan untuk tempoh sah guna 5 tahun boleh dilakukan secara dalam talian menerusi MyOnline Pasport. Kalau nak tempoh sah guna 10 tahun, pemohon perlu hadir sendiri ke Jabatan Imigresen dan lakukan permohonan secara walk-in. Pendek kata, pasport dengan tempoh sah 10 tahun tak ditawarkan secara dalam talian.

Apa yang rakyat Malaysia perlu buat sekarang?

Anda tak perlu bergegas pergi ke Pejabat Imigresen kecualilah pasport anda sudah hampiri tempoh luput. Saranan terbaik adalah untuk terus guna pasport sedia ada dan perbaharui mengikut tempoh yang ditetapkan. Buat yang hendakkan pasport baharu boleh periksa pejabat imigresen mana yang tawarkannya mengikut jadual di bawah.

FasaTarikhLokasi
Fasa 101-Jul-26Putrajaya (Menara Ikhlas), Jalan Duta (KL), Melaka, Seremban, Kelana Jaya, KLIA, UTC Puduraya, UTC Selangor, UTC Johor Bahru, UTC Pasir Gudang, UTC Ipoh, UTC Kedah, UTC Sungai Petani, UTC Seberang Prai
Fasa 206-Jul-26Kajang, Setia Tropika, Kulai Jaya, Kulim, UTC Sentul, UTC Keramat, UTC Melaka, UTC Pulau Pinang (Komtar)
Fasa 309-Jul-26Shaftsbury Putrajaya, Shah Alam (PKNS), Kluang, Batu Pahat, UTC Kuantan, UTC Kota Bharu, UTC Kuala Terengganu
Fasa 413-Jul-26Kuala Selangor, Wangsa Maju, Pelabuhan Klang, Besut, Segamat, Muar, Kukup, Puchong, Taiping
Fasa 520-Jul-26Lumut, Alor Setar, Kuala Langat, Kuala Kubu Baru, Temerloh, Raub, Port Dickson, Mersing, Teluk Intan, UTC Perlis
Fasa 627-Jul-26Chukai, Pengkalan Hulu, Cameron Highlands, Bintulu, Sri Aman, UTC Kuching, UTC Miri, UTC Sibu, UTC Kota Kinabalu, UTC Tawau, UTC Keningau
Fasa 703-Ogo-26Langkawi, Bukit Kayu Hitam, Kuching, Lawas, Limbang, Kota Kinabalu, Sandakan, LTA Kota Kinabalu, Lahad Datu, UTC Labuan
Fasa 818-Ogo-26Jeddah, Jakarta, Hong Kong
Fasa 925-Ogo-26Singapura, Melbourne, London, New York

Sumber: Jabatan Imigresen Malaysia