BukuNota

Portal maklumat terkini Malaysia

Promo Astro terbaru: 3 kombo, 2 APP, 1 harga

Sedang yang lain leka dengan FIFA 2026, Astro usyar lapangan baharu. Kombo penstriman serendah RM15 ada Disney+, Prime video, WeTV, dan Viu.

Astro perkenalkan beberapa kombo baru langganan yang mengandungi servis penstriman pada harga promosi. Tidak dapat bersaing sewaktu FIFA 2026, ini mungkin strategi yang diguna Astro iaitu usyar peluang sewaktu pemain lain sedang leka di lapangan sukan.

3 kombo, 2 APP, 1 harga

2 kombo yang pertama mengandung Blockbuster Pack yang disekalikan dengan sama ada Disney+ Basic dengan Prime Video ataupun dengan Prime Video sahaja. Kombo yang pertama ditawarkan pada harga RM25 sementara kombo yang kedua ditawarkan pada harga RM15.

Sebagai rujukan, pek Blockbuster mengandungi saluran seperti Astro Showtime (CH411), Astro FAM Time (CH412), Rock Action (CH414), dan Rock X Stream (CH415). Promo waktu terhad ini boleh dilanggan sebelum 14 Ogos 2026.

Sedang yang lain leka dengan FIFA 2026, Astro usyar lapangan baharu. Kombo penstriman serendah RM15 ada Disney+, Prime video, WeTV, dan Viu.

Kombo yang ketiga pula tiada pek Blockbuster. Tapi dua servis penstriman disekalikan iaitu WeTV dan Viu Duo pada harga RM15. Promosi kombo ketiga ini lebih panjang iaitu sehingga 4 September 2026.

Apa anda langganApa anda dapatHarga anda bayarLanggan sebelum
Disney+ & Prime VideoDisney+ + Prime Video + Astro Blockbuster Pack (Astro Showtime, Astro FAM Time, Rock Action, Rock X Stream)RM25/bulan (RRP: RM65.69)14 Ogos 2026
Prime VideoPrime Video + Astro Blockbuster Pack (Astro Showtime, Astro FAM Time, Rock Action, Rock X Stream)RM15/bulan (RRP: RM35.79)14 Ogos 2026
WeTV & Viu DuoWeTV + Viu Premium (Asian dramas, Korean series, Chinese dramas, Malay content, variety shows)RM15/bulan (RRP: RM35.80)4 September 2026

3 kombo baru ini akan sertai barisan add-on servis penstriman sedia ada. Antara yang boleh mereka pilih adalah seperti:

  • Netflix pada RM29.90/bulan
  • Disney+ pada RM18.30/bulan
  • Prime Video pada RM25/bulan
  • iQIYI pada RM12.90/bulan
  • WeTV pada RM13.90/bulan
  • Viu Premium pada RM8.40/bulan
  • HBO Max pada RM16.50/bulan
  • TVBAnywhere+ pada RM9.90/bulan
  • Sun NXT Premium pada RM25/bulan
  • Simply South pada RM10.80/bulan
  • Zee5 pada RM10.80/bulan,
  • Qalbox by Muslim Pro pada RM9.50/bulan.

Perkara ini berikan pelanggan Astro One lebih kelenturan untuk bina pakej hiburan mereka sendiri berdasarkan pola tontonan. Ada yang suka tonton filem Hollywood, drama Asia, kung fu Hong Kong, tarian India, dan keagamaan.

Saluran baru: Astro Daebak

Bersama-sama dengan kombo baru, Astro juga perkenalkan saluran baru. Nama saluran itu adalah Astro Daebak di saluran 393. Penonton boleh mula layan pada 1 Julai 2026 kalau meminati kandungan Korea.

Sedang yang lain leka dengan FIFA 2026, Astro usyar lapangan baharu. Kombo penstriman serendah RM15 ada Disney+, Prime video, WeTV, dan Viu.

Antara kandungan yang menanti adalah seperti variety show Reply 1988, Signal, Hotel Del Luna, Mr. Queen, dan banyak lagi. Astro Daebak boleh diakses secara percuma oleh semua pelanggan mereka.

Sumber: Astro