BukuNota

Portal maklumat terkini Malaysia

SPM 2024: Jadual peperiksaan amali, bertulis, dan lisan

SPM 2024: Jadual peperiksaan amali, bertulis, dan lisan

Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan berlangsung bermula 6 Februari 2024. Menteri Pendidikan, YB Fadhlina Sidek memberi jaminan kepada semua yang pihak kementerian telah mencuba sehabis baik untuk memastikan perjalanan SPM 2024 lancar terutamanya terdapat kawasan yang berdepan bencana banjir.

Seramai 402,956 calon peperiksaan akan menduduki peperiksaan. Sebanyak 3,337 lokasi peperiksaan telah diwujudkan di seluruh Malaysia dan untuk memantau perjalanan peperiksaan, 126,636 pengawas peperiksaan telah dilantik.

Peringatan kepada calon SPM 2024

Lembaga Periksaan Malaysia menggariskan tiga peringatan penting buat semua calon yang akan menduduki peperiksaan iaitu:

  • Sentiasa periksa jadual peperiksaan
  • Bawa kad pengenalan dan slip peperiksaan ke pusat peperiksaan
  • Patuhi prosedur operasi standard pusat peperiksaan

Buat calon yang terkesan dengan banjir, mereka boleh menghubungi sekolah ataupun Jabatan Pendidikan Negeri. Sebagai alternatif, mereka boleh pergi ke mana-mana pusat peperiksaan untuk menjalani peperiksaan.

SPM 2024: Jadual Peperiksaan Amali dan Lisan

[table id=3 /]

SPM 2024: Jadual Peperiksaan Bertulis

[table id=4 /]

Anda boleh layari laman rasmi Lembaga Peperiksaan Malaysia untuk maklumat lanjut.