BukuNota

Portal maklumat terkini Malaysia

Sukan Komanwel 2026 Glasgow: Cara tonton live atlet Malaysia bertanding

59 atlet Malaysia di Sukan Komanwel 2026 Glasgow. Nak sokong? Ini jadual siaran langsung dan sorotan harian yang boleh ditonton di Sukan+, RTMKlik, dan Astro.

Sukan Komanwel 2026 akan berlangsung di Glasgow, Scotland daripada 23 Julai hingga 2 Ogos 2026. Kontinjen Malaysia akan dikepalai oleh Datuk Awalan Abdul Aziz yang akan membawa 59 atlet ke sana. Kontinjen negara menyasarkan kutipan:

  • 🥇 5 pingat emas
  • 🥈 2 pingat perak
  • 🥉 4 pingat gangsa

Daripada jumlah keseluruhan atlet, seramai:

  • 37 atlet able-bodied
  • 22 atlet para

Malaysia akan bertanding dalam 64 acara sukan merangkumi 8 daripada 10 jenis sukan yang dipertandingkan.

Acara sukan disertai Malaysia

Malaysia akan beraksi dalam:

  • Angkat berat dan powerlifting
  • Renang
  • Berbasikal trek dan para berbasikal trek
  • Bola keranjang 3×3
  • Bola keranjang kerusi roda 3×3
  • Gimnastik artistik
  • Judo
  • Boling padang dan para boling padang
  • Olahraga dan para olahraga

Antara sukan yang menjadi sandaran utama pingat ialah angkat berat, selepas menyumbang dua emas dan satu perak pada Birmingham 2022.

Bagaimanapun, cabaran kali ini lebih besar kerana beberapa sukan penyumbang utama pingat Malaysia tidak dipertandingkan, termasuk badminton, gimnastik berirama, terjun dan skuasy.

Upacara pembukaan bermula 3 pagi waktu Malaysia

Upacara pembukaan Sukan Komanwel Glasgow 2026 akan berlangsung pada 23 Julai 2026, 2:30 pagi hingga 5:30 pagi waktu Malaysia Upacara boleh ditonton di Sukan+ (myTV 111), RTMKlik Astro 806

Kontinjen Malaysia akan diwakili oleh dua pembawa bendera Emma Firyana Saroji (boling padang) dan Datuk Abdul Latif Romly (para olahraga)

Pemilihan dua pembawa bendera ini selari dengan konsep Glasgow 2026 yang menggabungkan acara para sebagai sebahagian daripada temasya utama.

RTM penyiar rasmi dengan lebih 100 jam liputan

RTM umumkan mereka adalah penyiar rasmi Sukan Komanwel 2026 Glasgow dengan menyediakan lebih 100 jam siaran sepanjang temasya berlangsung.

Liputan termasuk:

Siaran langsung harian

Sesi petang

  • 24 Julai hingga 2 Ogos 2026
  • 6 petang hingga 9 malam
  • 3 jam setiap sesi

Sesi malam

  • 25 Julai hingga 2 Ogos 2026
  • 1 pagi hingga 4 pagi
  • 3 jam setiap sesi

Sorotan harian

Slot sorotan selama satu jam akan disiarkan:

  • 24 Julai hingga 3 Ogos 2026
  • 2 petang hingga 3 petang

Barisan hos berpengalaman untuk Grandstand

Liputan Grandstand akan menampilkan hos berpengalaman sepanjang temasya.

Upacara pembukaan

23 Julai 2026

2:30 pagi hingga 5:30 pagi

Hos lelaki:

  • Zackhi Ahmad Suri
  • Nik Syafiq Hadhari
  • Nazrie

Upacara penutupan

3 Ogos 2026

2:30 pagi hingga 5:30 pagi

Hos wanita:

  • Jeed Zulkefli
  • Ninie Ibrahim
  • Iffah Hazim

Glasgow kembali sebagai tuan rumah selepas 2014

Glasgow menjadi tuan rumah Sukan Komanwel buat kali kedua selepas edisi 2014. Edisi 2026 menggunakan format lebih kecil dengan hanya 10 jenis sukan, berbanding 20 sukan di Birmingham 2022.

Penganjur memilih konsep lebih kompak dengan menggunakan venue sedia ada bagi mengurangkan kos. Semua lokasi pertandingan utama berada dalam koridor sekitar lapan batu di Glasgow.

Bagi Malaysia, sasaran lima emas hadir dengan cabaran besar kerana perlu bergantung kepada sukan yang berbeza daripada kebiasaan. Prestasi atlet angkat berat, berbasikal trek, boling padang serta acara para dijangka menjadi penentu kejayaan kontinjen negara.

Sumber: RTM