BukuNota

Portal maklumat terkini Malaysia

Cashback lumayan bila anda guna TNG eWallet Visa Travel Card yang baharu

Touch ‘n Go (TNG) eWallet ada kad prabayar baharu untuk sertai kad Visa sedia ada. Varian baharu ini fokusnya pada perbelanjaan di luar negara. TNG eWallet Visa Travel Card ada fungsi sama seperti kad sekarang tapi kelebihannya adalah pada promo cashback yang boleh pergi sehingga 3% bila diguna di luar negara.

Cashback 3% ini adalah sebahagian daripada TNG eWallet Visa Card Travel Cashback Campaign 3.0 yang berjalan 15 Oktober hingga 31 Disember 2025. Sepanjang tempoh promo ini, anda yang gunakan kad Visa Travel ini boleh sehingga 3% mengikut mekanisme pengiraan yang ditetapkan. Berikut adalah pecahannya:

  • Belanja RM2 dan lebih: cashback 0.5%
  • Belanja RM150 dan lebih: cashback 1.0%
  • Belanja RM300 dan lebih: cashback 1.5%
Jenis kadTahap CashbackPeratus CashbackSyarat-syaratContoh
Kad BasicTier 10.2%Belanja RM2 atau lebih dalam satu resitTransaksi RM120 berikan cashback RM0.24 (0.2% × RM120 = RM0.24)
Tier 20.3%Belanja RM150 dalam satu resit.Transaksi RM200 berikan cashback RM1.00 (0.2% + 0.3% = 0.5% × RM200 = RM1.00)
Tier 30.5%Belanja RM300 dalam satu resitTransaksi RM320 berikan cashback RM3.20 (0.2% + 0.3% + 0.5% = 1.0% × RM320 = RM3.20)
Kad TravelTier 10.5%Belanja RM2 dalam satu resitTransaksi RM120 berikan cashback RM0.60 (0.5% × RM120 = RM0.60)
Tier 21.0%Belanja RM150 atau lebih dalam satu resitTransaksi RM200 berikan cashback RM3.00 (0.5% + 1.0% = 1.5% × RM200 = RM3.00)
Tier 31.5%Belanja RM300 atau lebih dalam satu resitTransaksi RM320 berikan cashback RM9.60 (0.5% + 1.0% + 1.5% = 3.0% × RM320 = RM9.60)

Disebabkan cashback ini boleh ditindan atas satu sama lain dan disitulah anda dapat sejumlah 3% dalam bentuk cashback. Contohnya, kalau anda belanja RM320 di luar negara, anda akan terima cashback bernilai RM9.60 terus ke dalam eWallet secara automatik. Untuk perbandingan, kad TNG eWallet Visa yang biasa berikan sehingga 1% sahaja.

TNG eWallet Visa Card Travel Cashback Campaign 3.0

Selain cashback, ada satu lagi kelebihan kad Visa Travel TNG eWallet. Anda diberikan satu kali percuma, pengeluaran tunai di ATM setiap bulan (bayaran biasa RM10) bila anda buat satu transaksi secara fizikal di luar negara.

Untuk yang berminat untuk dapatkan kad Visa Travel, harganya adalah RM20 berbanding RM15 untuk kad TNG Visa biasa. Fi tahunan adalah sama pada RM8 tapi dimansuhkan sehingga diberitahu. Kalau pengeluaran tunai di luar negara dicaj RM10, pengeluaran di ATM dalam negara dikenakan caj RM1.40.

Anda boleh layari laman rasmi TNG Digital untuk maklumat lanjut.

TNG eWallet Visa Card Travel Cashback Campaign 3.0