BukuNota

Portal maklumat terkini Malaysia

Waze ada ciri AI baharu, lapor speedtrap guna suara

Pengguna Waze di Malaysia bakal nikmati dua ciri baharu pada aplikasi navigasi kegemaran mereka. Satu daripadanya adalah ciri pelaporan berasaskan AI. Conversational Reporting boleh kan pengguna melaporkan isu sewaktu memandu guna arahan suara.

Contoh, kalau anda nampak trafik mula sesak, anda boleh cakap “there are car jammed up ahead” dan Waze akan guna Gemini AI untuk fahami konteks dan pilih laporan yang sebetulnya tanpa perlu menyentuh skrin telefon sewaktu memandu. Katakanlah Waze perlukan maklumat tambahan, ia akan tanya soalan susulan seperti “Can you describe what you see?” sebelum ia merekodkannya untuk dilihat pengguna lain.

Ciri ini sangat berguna kerana mampu tingkatkan keselamatan pengguna jalan raya sewaktu menggunakan aplikasi Waze. Selain daripada pelaporan dikuasakan AI, ciri kedua yang dilancarkan adalah School Zones.

Bila diaktifkan, pengguna akan diberi amaran bila mereka memandu melalui kawasan sekolah sewaktu sesi persekolahan. Ciri ini sangat bergantung kepada pengguna sendiri yang masukkan butiran zon sekolah menggunakan Waze map editors.

Kedua-dua ciri yang diumumkan ini akan diperkenalkan kepada Waze Android dan iOS secara berfasa. Pada peringkat awal, Coversational Reporting hanya menyokong bahasa Inggeris dan akan diperluas kepada lebih banyak bahasa pada masa yang akan datang.

Sumber: Waze