Reviu saya kali ini adalah tentang Keelat Electric Prune, alat gardening yang sangat memudahkan kerja. Ia menggunakan motor berkuasa bateri, jadi kerja memotong dahan hanya perlukan satu tarikan picu tanpa perlu mengerah tenaga.
Kalau selalu buat kerja memangkas pokok di rumah, anda pasti tahu betapa cepat tangan boleh lenguh bila guna gunting manual, terutamanya untuk sesi yang lama.
Satu perkara yang saya suka ialah model ini menggunakan tapak bateri jenis Makita. Kalau anda sudah ada koleksi cordless tools yang menggunakan bateri sama, anda boleh beli versi body only tanpa bateri dan berkongsi bateri dengan peralatan sedia ada. Ini dapat menjimatkan kos.
Dari segi prestasi, ia mampu memotong dahan kayu yang agak besar dengan mudah. Kerja yang sebelum ini mengambil banyak tenaga kini boleh disiapkan dengan lebih cepat.
Namun, kuasa itulah juga kelemahan utama alat ini. Bilahnya sangat kuat dan tajam. Jika cuai, memang ada risiko jari turut terkena bilah. Saya rasa lebih baik jika Keelat menyertakan sarung atau penutup keselamatan untuk bilah apabila tidak digunakan.
Menurut iklan mereka, terdapat juga aksesori galah panjang yang membolehkan pruner ini digunakan untuk memotong dahan di tempat tinggi. Walau bagaimanapun, galah tersebut dijual secara berasingan.
Satu lagi kelebihan ialah bilah gantian mudah didapati. Apabila bilah mula tumpul, ia boleh diganti dengan agak mudah tanpa perlu membeli unit baharu.
Secara keseluruhannya, saya sangat mengesyorkan Keelat Electric Pruner kepada sesiapa yang kerap melakukan kerja-kerja gardening. Sama seperti Keelat Blower yang pernah saya syorkan sebelum ini, alat ini benar-benar menjimatkan tenaga dan membuatkan kerja di halaman rumah menjadi lebih mudah. Cuma, gunakan dengan penuh berhati-hati kerana kuasanya memang bukan main-main.
Beli Keelat Electric Pruner di Shopee.

