Bas Percuma Go KL Terima Dana Tambah Baik RM20 Juta

Kelak, lawatan anda ke Kuala Lumpur akan lebih mudah apabila Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengumumkan peruntukkan RM20 juta untuk tujuan penambahbaikkan perkhidmatan itu. Tambah baik yang bakal dilaksanakan adalah meliputi penambahan bas daripada jumlah yang sedia ada serta memperluas jaringan perkhidmatan. Go KL City Bus adalah perkhidmatan bus percuma inisiatif DBKL untuk mempermudah akses pengguna kepada titik-titik tumpuan sekitar Kuala Lumpur. Setakat ini, mereka sedang mengendalikan empat laluan utama dengan sejumlah 65 hentian. Ia dilancarkan dalam tahun 2012 dan beroperasi seawal 6 pagi sehingga 1 pagi bergantung pada hari. Sumber: TheStar, Gambar Pemuka

Sokong inisiatif ini:

Penghasilan kandungan bermanfaat memang mengambil masa. Anda boleh bantu laman web ini terus beroperasi dengan lakukan apa-apa sahaja pembelian melalui pautan di bawah.

Butang Shopee BukuNota tanda sokongan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *