Hasilkan Susu Soya Sendiri Di Dapur Dengan Tutorial Ini

Susu soya dipercayai mula diminum di China seawal kurun ke-17. Seorang aktivis dari China, Lu Shinzen ialah yang bertanggung-jawab memabwa masuk produk soya ke Eropah, melalui Perancis pada tahun 1910. Di Amerika Syarikat pula, perkataan “susu soya” mula digunakan dalam laporan USDA seawal 1897.

Contoh ladang soya
Hari ini, susu soya adalah minuman terkenal di seluruh dunia. Dalam setiap 100g, ada 33 kcal terkandung padanya. Ini adalah artikel tutorial untuk menghasilkan sendiri susu soya di rumah dengan hanya berbekalkan peralatan yang ada di dapur.

Cara Hasilkan Susu Soya Di Rumah

Untuk 500 g kacang soya, anda boleh hasilkan antara 2.0 L hingga 2.5 L bergantung kepada cara anda mengekstraknya.
500 g berharga kurang daripada RM4.00 boleh hasilkan lebih 2.0 L susu soya

Untuk rujukan, buku ini menyatakan nisbah cecair kepada kacang yang optimum adalah 5:1 hingga 10:1. Maka 2.0 L kepada 500 g adalah 4:1, sedikit pekat berbanding saranan. Tapi, air boleh ditambah di akhir proses untuk anda dapatkan kepekatan yang dikehendaki.
Langkah pertama adalah ambil kacang soya bilas dengan air untuk buang kesan-kesan tanah yang mungkin tertinggal semasa pempakejan. Selepas itu, rendah kacang soya semalaman untu melembutkan kacang. Rendah dalam air yang banyak sebab kacang akan menyerap sedikit air dan saiznya kan bertambah selepas semalaman.

Bilas kacang dengan air
Nyahkan saki baki tanah
Keesokan harinya, anda akan dapati yang isipadu kacang bertambah serta kulitnya mengelupas dengan sendiri. Buang air dan bilas beberapa kali. Tak perlu risau dengan kulit kacang kerana ia tidak menjejaskan rasa susu soya.
Rendam semalaman
Bilas semula selepas semalaman
Kulit kacang tertanggal sendiri
Saring air dan kemudian sediakan mesin pengisar serta air sebanyak 2 liter. Untuk mudahkan proses kisar, bahagi duakan kacang soya kepada dua bahagian (250 g + 250 g) dan kisar setiap bahagian dengan air 1 liter setiap satu.
Kisar kacang soya
Selesai kisar, anda boleh mula asingkan susu soya daripada hampas. Ekstra cecair semaksimum mungkin dan hampas boleh digunakan kemudian sebagai baja kompos.
Tapis hasil kisaran
Langkah seterusnya, anda perlu mendidihkan susu soya. Cecair yang belum didihkan akan ada rasa seperti kekacang serta pahit di bahagian aftertaste. Proses pendidihan boleh menguraikan protein yang bertanggung jawab terhadap rasa itu.
Hampas boleh digunakan sebagai baja
Untuk elakkan hangit, susu soya perlu dikacau sepanjang masa semasa proses pendidihan. Sepanjang proses, anda boleh lakukan ujian rasa untuk pastikan rasa yang tak enak hilang.
Didihkan ekstrak
Rasa susu soya dari masa ke masa
Setelah api dipadamkan, letakkan secubit garam untuk berikan rasa “berlemak” pada susu soya.
Maka siaplah susu soya segar untuk dinikmati. Untuk rasa manis, anda boleh didihkan satu bahagian gula dengan satu bahagian air ataupun boleh gunakan gula melaka sebagai pemanis.
Campur dengan manisan untuk lebih sedap