Ikan Kukus Limau Ala Thai

HomeMakanResepi

Ikan Kukus Limau Ala Thai

Ikan asam biasanya dihidangkan di kedai-kedai masakan ala Thai. Tapi, jangan risau, anda tak perlu gerak jauh-jauh untuk rasainya sebab anda boleh masaknya di rumah, bahan-bahannya pun amat ringkas.

Bahan-bahan yang diperlukan (2-4 orang makan):

  • Jus limau nipis
  • 2 Tomato
  • 3 Serai
  • 6 Bawang putih
  • 3 Bawang merah
  • 5cm Halia
  • 5 Cili Api
  • Gula Melaka
  • Sos ikan


Bahan di atas adalah untuk kuahnya. Untuk bahagian proteinnya, anda boleh gunakan apa-apa jenis ikan asalkan muat kualinya.

Dalam kuali yang panas dan berminyak, mulakan dengan menumis bawang putih hingga naik baunya sebelum menyertakan bawang merah dan cili padi.

Cara nak tahu tumisan hampir sedia adalah melihat pada bawang putih.
Jika, anda mula nampak bawang putih mula menghangit, cepat-cepat tuang air sebanyak 1 cawan besar bersama-sama 1 kiub bilis.

Kacau sehingga kiub larut, kemudian masukkan:

  • 2 sudu besar gula melaka
  • 2 sudu besar sos ikan
  • 4 sudu besar jus limau nipis


Nisbah gula melaka, sos ikan, dan jus limau nipis adalah bergantung pada cita rasa di akhir resepi. Kacau kuah sehingga mendidih.
Masukkan tomato, daun sup, dan daun bawang dan tunggu sehingga tomato menjadi empuk. Sebelum matikan api, rasa kuah dan suaikan rasa kuah daripada segi manis, masam, dan masinnya.

Jika kuahnya nampak mengering, tambahkan air masak dan adjust rasa masam, masam, dan manisnya.
Ketepikan sos untuk mula mengukus ikan. Kukus ikan terlebih dahulu 10 minit untuk melembutkan dagingnya. Serai dimasukkan sekali untuk mengurangkan bau hanyir ikan dan berikan rasa thai.
Kemudian, satukan kuah dengan ikan dan kukus untuk 5 minit lagi sebelum dihidangkan.

COMMENTS

DISQUS: 0