Untuk penggemar kopi Malaysia, kini ada satu benda baru yang anda boleh cuba. Ini adalah satu produk baru yang diimport dari Korea iaitu Cold Brew Starter Kit.
Cold Brew adalah satu teknik mengekstrak kopi daripada biji kopi dengan tak gunakan air panas. Biasanya serbuk kopi akan direndam semalaman untuk menarik keluar pati kopi sebelum dicairkan secukupnya.
Tapi dengan stater kit ini, anda tak perlu rendam semalaman kerana serbuk adalah pracampur dan sedia larut dalam air sejuk.
Sejurus bukak kotak, anda akan nampak botol kaca bersama-sama kotak sachet serbuk Cold Brew.
Botol yang diberikan adalah berkapasiti 200 ml berbentuk seperti botol alkohol. Pada bahagian dinding ada tercetak jenama Nescafe Cold Brew secara sand blast.
Kotak sachet mengandungi 10 uncang kopi Cold Brew sedia untuk dibancuh.
Rasa kopi ini biasa-biasa, seperti versi dalam tin. Kekuatan kopinya tak terlalu kuat dan sesuai untuk semua lapisan terutamanya yang tak biasa minum kopi. Tapi jika anda ingin kopi yang manis, anda perlu cairkan gula terlebih dahulu sebelum membancuhnya bersama kopi cold brew ini sebab akan ambil masa yang panjang untuk larutkan gula dalam air sejuk.
Jika anda ingin mendapatkan 1 set Nescafe Cold Brew Starter Kit, ia dijual pada harga RM18.90.

COMMENTS