Reviu: Tamron SP 60-300mm F3.8-5.4

ni adalah Tamron SP 60-300mm F3.8-5.4. Tamron SP adalah siri lensa yang setaraf dengan lensa Canon L dan mereka ini dihasilkan sekitar 1980-an. Untuk lensa ini, ia adalah yang paling lama berada dalam pasaran iiatu antara 1983 hingga tahun 2000.

Spesifikasi asas

  • Jarak Fokal: 60 – 300mm
  • Bukaan Apertur: F3.8 – F5.6 – 32
  • Jarak Minimum Fokus: 1.9m (biasa), 30cm (macro)
  • Berat: 870g
  • Lens Hood: Bayonet
Bagusnya lensa ini adalah ia miliki jarak jangkauan yang luas. 60-300mm diterjemahkan kepada 5X zum dan jika dipadankan dengan format MFT, ia menjadi 120mm-600mm.

Selain jangkauan jauh, ada juga fungsi makro sekiranya anda gemarkan genre gambar sebegini. Pada 60mm, ia memberikan nisbah pembesaran sebanyak 1:1.55.

Satu masalah ketara lensa ini adalah ia agak berat dan tiada kolar lensa hadir untuk menanggung beban di atas tripod. Maka, untuk sistem seperti MFT, ia mungkin merosakkan kaki lensa kamera jika tidak dikendalikan berhati-hati.

Sampel Gambar

Gambar 1
Gambar 2
Gambar 3

Kesimpulan

  • Jangkauan zum panjang dengan fungsi makro jadikannya versatil.
  • Gelung fokus licin, sesuai untuk teknik rack focus.
  • Tapi zum jenis push & pull, lensa tak sesuai untuk videografi yang perlukan zum semasa merakam
  • Badan berat dan perlu berhati-hati lebih-lebih lagi pada sistem MFT yang berkaki kecil sebab tiada kolar untuk lensa