Musim durian 2021 menyaksikan ramai peniaga durian menawarkan penjualan secara dalam talian produk yang sudah dikopek. Tapi kalau anda berpeluang untuk pergi sendiri untuk memilih buah, ini adalah 5 tips berguna.
1. Berat
Jika ada dua durian yang sama saiznya, buah yang lebih ringan bermakna isinya lebih banyak berbanding kulit.
2. Tangkai
Tangkai yang lembab bermakna ia durian yang baru luruh. Durian tidak bertangkai bermakna penjual membuangnya, takut kantoi.
3. Bunyi
Durian isi banyak akan berbunyi padat bila diketuk kerana kulit durian banyak lohong untuk serap hentakkan semasa jatuh.
4. Pangsa
Durian berpangsa paling sedikit tandanya paling banyak isi.
5. Cuaca
Durian tiba-tiba berlambak lepas hujan? Ia mungkin jatuh dipukul ribut dan masih mengkal. Ambil tahu tentang keadaan cuaca sebelum beli.