Artikel ini disumbangkan oleh Neonna Ch. YouTube | Twitter
Vtuber ialah Virtual YouTuber, iaitu streamer yang menggunakan avatar virtual mereka sebagai watak dalam stream. Ramai lebih berminat menjadi vtuber kerana:
- Tidak perlu mendedahkan identiti sebenar
- Lebih yakin depan kamera
- Lebih banyak customization
Terdapat tiga jenis vtuber iaitu yang menggunakan:
- Gambar 2D tidak bergerak
- Gambar 2D bergerak
- Model 3D bergerak
Tutorial ini akan mengajar cara menjadi vtuber menggunakan model 3D bergerak sahaja. Neonna akan ajar step-by-step cara pantas, mudah dan percuma untuk mula career sebagai Vtuber Malaysia.
Lankah 1: Cipta Avatar Menggunakan Vroid Mobile
Download Vroid Mobile ke dalam telefon anda.
- Google Play Store: https://play.google.com/store/apps/details?id=net.pixiv.vroid.android&hl=en&gl=US
- Apple AppStore: https://apps.apple.com/ca/app/vroid-mobile/id1469346321
Selepas selesai cipta avatar, upload avatar anda ke Vroid Hub. Sekarang, anda perlu download avatar anda ke dalam komputer.
Pergi ke Vroid Hub dan login akaun anda. Pergi ke ‘Your Characters’ dan klik pada avatar yang anda cipta. Pada bawah kanan, klik, ‘Download your own model’. Tick pada, ‘I will use this model data according to the conditions of use’ dan klik ‘Download’. Save dengan nama avatar anda dan letak di tempat yang senang untuk dicari.
Langkah 2: Download VSeeFace dan Mainkan Avatar
Seperti fail video yang memerlukan software untuk mainkan video, avatar kita juga memerlukan software untuk mainkan avatar kita. Software yang mudah dan ringkas ialah VSeeFace. Setelah buka VSeeFace, klik pada ‘Avatar Selection’ dan klik, ‘Add Avatar’. Pilih fail avatar yang berformat ‘.vrm’ yang telah anda save daripada Vroid Hub.
Selesai Langkah 2, boleh terus ke Langkah 5
Langkah 3: Jika Tiada Webcam Boleh Gunakan VMagicMirror
Tiada webcam? Tiada masalah. Anda boleh download VMagicMirror yang akan mainkan avatar anda berdasarkan input keyboard dan mouse. Avatar anda akan pandang ke arah cursor mouse dan type berdasarkan input keyboard.
Langkah 4: Kalau nak guna telefon sebagai webcam
Download Iriun di komputer dan telefon.
Pastikan telefon dan komputer bersambung kepada Wi-Fi yang sama. Buka program di komputer dan telefon. Mereka akan berhubung secara automatik. Anda juga boleh guna kabel USB untuk gantikan sambungan Wi-Fi.
Langkah 5: Download OBS untuk stream
Klik di sini untuk download OBS.
Setelah selesai download, pergi ke ‘Sources’ dan klik pada tanda ‘+’. Klik ‘Window Capture’ pada senarai dan ‘OK’. Selepas itu, pada ‘Window’, klik pada VSeeFace dan tanda tick pada ‘Allow Transparency’ dan klik ‘OK’.
Selesai!
Avatar anda telah pun ada dalam OBS dan bersedia untuk stream!
COMMENTS