Trick santan segera yang anda perlu tahu untuk resepi memasak

Zaman sekarang, semuanya kena segera termasuklah santan. Masakan masa ini banyak yang gunakan santan segera tapi jenis santan segera akan beri kesan pada masakan.

Ini adalah tiga jenis santan yang sesuai untuk jenis masakan.

Santan Kara Pekat

Santan Kera Pekat didapati sukar untuk pecah minyak. Maka, ia sesuai untuk orang yang baru belajar memasak kerana lebih selamat.

Santan Kara Pekat miliki tekstur lebih pekat berbanding jenama Ayam Brand, dan M&S. Jadi, kuantiti santan yang lebih cair perlu dilebihkan dalam resepi.

Krim santan pekat sesuai untuk masakan berkuah

Santan Serbuk

Serbuk santan paling sesuai dibuat kuih seperti puding, cucur ataupun digunakan dalam nasi lemak kerana rasa berkrimnya. Untuk nasi lemak, lebih sesuai gunakan santan serbuk yang ada perisa pandan.

Kari yang cair boleh dipekatkan semula dengan menambah serbuk santan. Bancuh dengan kuah dalam bekas yang kecil sebelum dicampur semula ke dalam bekas utama.

Santan serbuk sesuai untuk makanan bertepung seperti cucur

Santan Segar

Santan Segar paling senang pecah minyak. Jadi, bahan ini hanya untuk yang pakar. Santan segar sebaiknya digunakan terus selepas dibeli kerana jika disimpan, ia mudah basi.

Santan basi bermula daripada tengah kerana membeku lebih lambat daripada bahagian luar, terutamanya jika disimpan dalam kuantiti yang banyak dalam satu bekas.

Bagusnya santan segar ialah tak perlu tunggu cair ataupun dicairkan dengan air sebelum digunakan. Boleh terus masukkan dalam masakan.

Sumber: Ummi Syuhada