Nurseri kanak-kanak percuma di Madinah dan Mekah, manfaatkannya

Penulisan ini diolah semula daripada perkongsian Nur Syazwani Halim.

Sudah lama saya tak lalui kawasan ini sebab kumpulan halaqah yang saya sertai biasanya berkumpul berhampiran Pintu 16. Selepas menghantar suami di bahagian depan, saya berjalan menghala ke kawasan parkir belakang Masjid al-Nabawi.

Secara kebetulan semalam saya sempat ambil gambar “Children’s Nursery Center” (nurseri) sewaktu sedang menunggu solat jemaah sebelum singgah di Raudhah.

Nurseri ini telahpun beroperasi sejak minggu lepas dan letaknya di Pintu 339. Ia beroperasi antara 9 pagi hingga 10 malam setiap hari. Buat masa ini, mereka menerima kanak-kanak berumur lebih 3 tahun. Walau bagaimanapun, di laman pendaftaran dalam talian, umur had adalah berbeza iaitu lelaki antara 2 hingga 6 tahun sementara had umur untuk perempuan ialah 2 hingga 9 tahun.

Mungkin anda boleh bertanya secara langsung dengan petugas di sana sekiranya tidak dapat memenuhi polisi yang disediakan kerana ia juga bergantung kepada budi bicara kakitangan bertugas. Perkhidmatan yang ditawarkan nurseri adalah percuma.

Selain daripada pelbagai aktiviti yang dijalankan, ibu bapa tak perlu risau tentang anak-anak kerana di dalamnya ada kemudahan tanda tersendiri. Jadi anak-anak tidak bercampur dengan jemaah di luar sana.

Buat anda yang berminat, pendaftaran boleh dilakukan di: https://forms.gle/ZJwKVSw45Xx4g7cZ6 (bahasa Arab).

Itu nurseri di Masjid al-Nabawi Madinah. Di Masjid al-Haram Mekah sana, perkhidmatan yang sama turut ditawarkan sejak awal tahun lepas.