Ismail ingin jadi seorang yang berguna. Jadi, bila dia terdengar tentang program sukarelawan anjuran universiti tempatnya belajar, dia tidaklah teragak-agak untuk sertainya. Kumpulan sukarelawan itu telah dihantar ke satu perkampungan terpencil yang baru sahaja dilanda banjir. Setibanya di sana, satu masalah yang Ismail nampak sejurus menapak kaki di sana adalah—ketiadaan sumber air bersih.

Klorin boleh hasilkan air minuman selamat
Bekalan air yang paling bersih pun adalah daripada sistem penapisan yang sangat asas berbanding merawat air. Benar, ia adalah solusi sementara dan ia membuang pasir dan bendasing walau bagaimanapun, ia tidak membuang kuman berbahaya seperti bakteria untuk dijadikan air minuman selamat. Buktinya, ada antara penduduk kampung yang sakit perut selepas meminum air tersebut.
Jadi, Ismail berazam untuk menaikkan kualiti air minuman penduduk kampung ke tahap yang selamat, sementara menunggu teknologi sanitasi air yang lebih praktikal datang. Dia teringat apa yang dipelajari dalam kelas kimia, klorin boleh digunakan untuk nyahkuman air, mujurlah dia ada akses kepada gas klorin daripada makmalnya.

Berapa banyak klorin yang diperlukan?
Sungguhpun klorin boleh diguna untuk menyahkuman. Sekiranya digunakan secara berlebihan, boleh mendatangkan kemudaratan pula. Makanya, ia perlu berhati-hati. Jika terlalu sedikit, kuman tidak dibasmi secara sepenuhnya. Jika terlalu banyak, orang yang minum pula akan terkesan.

Menurut Kesatuan Kesihatan Sedunia (WHO), amaun klorin yang disaran untuk menyahkuman air adalah 5mg untuk setiap 1L air. Kampung itu memiliki tangki berkapasiti 1,000L yang bermakna dia perlukan 5,000mg (atau 5g) klorin untuk lakukan sanitasi ke atas keseluruhan air di dalam tangki itu.

Seperti yang dikatakan tadi, dia tiada klorin dalam bentuk tulen sebaliknya dalam bentuk gas. Gas klorin adalah molekul yang mengandungi 2 atom klorin setiap satu dengan fomula Cl₂, jadi cabaran seterusnya adalah: Berapa banyak gas klorin perlu dia gunakan untuk dapat 5g klorin tulen?
Bab 3: Konsep mol, formula kimia, dan persamaan
Pada tika itu, dia teringatkan pelajaran subjek kimia di sekolah menengah. Bab 3 ada mengajarkan konsep mol, formula kimia, dan persamaan. Dengan maklumat-maklumat itu, dia boleh kira secara tepat berapa banyak gas klorin diperlukan.
- Setiap atom klorin mempunyai jisim atom relatif 35.45g/mol
- Gas klorin (Cl₂) ada dua klorin atom, jadi jisim molekul relatifnya adalah 70.9g/mol

Sekarang, Ismail perlukan 5g atom klorin yang diterjemah kepada 0.14mol. Menggunakan pengiraan ringkas, 0.14 mol gas klorin adalah sama dengan 10g gas klorin. Dengan maklumat-maklumat yang ia telah ada, dia pun menggerakkan projek air bersihnya. Di pergi ke makmal universiti dan ambil bekalan gas klorin yang diperlukannya.
10g gas klorin ke dalam 1,000L air
Ismail berhati-hati memasang kelengkapan untuk memindahkan gas klorin ke dalam air. Perlahan-lahan dia membuka injap tangki gas dan desis mula kedengaran. Dia memantau rapi meter gas untuk memastikan ia tidak terlebih dos.

Setelah 10g gas dikeluarkan terus ke dalam air, dia bingkas tutup injap tangki gas. Sekarang, hanya masa boleh tentukannya, sama ada gas klorin itu cukup untuk menyahkuman dan jadikan 1,000L air itu selamat diminum ataupun tidak.
Kampung gembira: Bekalan air bersih pulih
Keesokan harinya, Ismail menguji sampel air untuk pastikan sama ada ia selamat untuk diminum. Kit ujian air yang dibawanya menunjukkan yang ia boleh diminum dan untuk mempertingkat keyakinan penduduk kampung, dia lakukan tegukan pertama.

Maka bergembiralah penduduk kampung dengan kejayaan ini. Inisiatif rawatan air oleh Ismail telah menyediakan bekalan air minuman yang selamat untuk penduduk kampung untuk beberpaa hari sementara menunggu solusi yang kekal tiba daripada pihak berkuasa.
Ismail berbagga dan lega. Ilmu yang dipelajarinya di sekolah menangah dulu ada kegunaan praktikalnya. Benarlah, sekecil mana ilmu sekalipun boleh berikan sebesar impak, sekiranya kena penggunaannya.