Lembaga Tabung Haji sudahpun mengeluarkan jadual Kursus Asas Haji (KAH) dan kursus telah berjalan sejak 18 Oktober dulu. Ia bermakna persiapan musim Haji 2025 dah berjalan. Sebagai langkah persiapan, anda boleh muat turn sejumlah buku digital percuma sebagai bahan mengulang kaji sementara menunggu panggilan Haji 2025 ini.

7 e-buku berkaitan Haji 2025 percuma untuk dimuat turun
Buku Himpunan Doa Terpilih di Tanah Suci
Buku ini mengandungi pelbagai doa yang berkaitan ibadah haji dan umrah. Doa-doa ini ada dalam versi arab, dalam versi sebutan, dan turut disertakan makna dalam bahasa Melayu. Doa dalam buku ini dibahagikan ke dalam tahap-tahap ibadah haji seperti sewaktu Tawaf, Sa’i, Arafah dan sewaktu melontar jamrah.
Muat turun Buku Himpunan Doa Terpilh di Tanah Suci.
Buku Fiqh Haji & Umrah Wanita
Buku ini mengandungi tatacara mengerjakan haji dan umrah dengan maklumat dikhususkan untuk jemaah wanita. Panduan ini memperincikan keperluan tambahan jemaah wanita seperti keperluan ditemani mahram. Ia juga menggariskan panduan mengejakan ibadah sewaktu datang haid, nifas, dan lain-lain isu berkaitan sakit puan.
Muat turun Buku Fiqh Haji & Umrah Wanita.
Buku Wirid Terpilih untuk Dhuyuf Al-Rahman
Buku ini mengandungi wirid terpilih sewaktu jemaah berada di tanah suci mengerjakan Haji dan Umrah. Ia turut mengandungi surah Yasin dan beserta surah terpilih lain lengkap bersama terjemahan bahasa Melayu untuk mudahakn jemaah membaca surah-surah sunat.
Muat turun Buku Wirid Terpilih untuk Dhuyuf Al-Rahman.
Buku Soal Jawab Ibadat Haji, Umrah, dan Ziarah
Buku ini mengandungi jawapan kepada soalan lazim berkaitan ibadat Haji, Umrah, dan Ziarah. Ia meliputi topik berkaitan Haji & Umrah seperti pengertian, hukum, dan cara-cara mengerjakannya. Ia juga ada menyentuh tentang isu-isu spesifik seperti cara menunaikan Haji & Umrah untuk kanak-kanak, wanita, dan golongan rentan.
Panduan tentang tertib mengerjakan Haji daripada Ihram, Tawaf, Sa’i, Wuquf, hinggalah ke melontar Jamrah turut dimasukkan ke dalam. Akhir sekali, kaedah pembayaran Dam, Korban, dan Akikah turut diceritakan dalam buku ini.
Muat turun Buku Soal Jawab Ibadat Haji, Umrah dan Ziarah
Buku Fiqh Ibadat Haji, Umrah, dan Ziarah
Buku ini mengandungi maklumat tentang sejarah dan kepentingan Mekah dan Madina dalam ibadah Haji dan Umrah umat Islam. Info yang disentuh adalah hukum hakam mengerjakan Haji dan Umrah seperti rukun, syarat-syarat sah, dan syarat-syarat wajib. Jenis-jenis Haji juga diceritakan secara terperinci dalam buku ini.
Muat turun Buku Fiqh Ibadat Haji, Umrah dan Ziarah
10 Penulisan Aspirasi Haji Terbaik Musim Haji 1444H
Buku ini mengandungi 10 entri daripada jemaah haji musim 1444H. Setiap entri mengandungi perkongsian tentang pengalaman peribadi dan harapan yang dikongsikan oleh penulis itu sendiri. Antara intipiati perkongsi adalah seperti transformasi dan pembersihan rohani yang dialami jemaah Haji sepanjang perjalanan mereka mengerjakan haji.
Muat turun 10 Penulisan Aspirasi Haji Terbaik Musim Haji 1444H
Buku Nota Kursus Asas Haji
Buku ini mengandungi panduan lengkap tatacara mengerjakan Haji dan Umrah serta lokasi-lokasi penting untuk umat Islam untuk diziarahi. Ia meliputi hukum-hakam dan perbuatan sewaktu Haji dan Umrah secara terperinci seperti
Muat turun Buku Nota Kursus Asas Haji