Persiapan musim Haji 2025 sudahpun bermula. Lembaga Tabung Haji sudahpun mengeluarkan jadual Kursus Asas Haji (KAH). KAH Asas Haji (KAH) adalah kursus haji peringkat pertama untuk bakal-bakal jemaah haji. KAH diadakan sebanyak 13 siri, setiap hujung minggu selama 2 jam 30 minit, bermula dari bulan Rabi’ul Akhir hingga Jamadil Akhir setiap tahun.
KAH diadakan di masjid-masjid terpilih di seluruh negara dengan kerjasama Ahli Jawatankuasa Masjid dan Jabatan Agama Islam Negeri. Sewaktu berkursus, bakal jemaah akan didedahkan dengan ilmu asas mengenai ibadat haji termasuklah topik berkaitan kesihatan dan pengurusan haji di Malaysia dan Mekah/Madinah.
Musim Haji 2025: 7 e-buku percuma Haji & Umrah
KAH boleh disertai secara pecuma. Ia terbuka untuk pendeposit Tabung Haji yang mempunyai Giliran Tunai Haji pada tahun 1446H (2025) dan 1447H (2026). Cara untuk mengetahui sama ada anda layak mengikuti KAH tahun 2025 adalah apabila anda menerima SMS ataupun surat daripada Pejabat TH. Kalau nak lagi cepat, boleh terus semak dengan Pejabat TH berdekatan.
Jadual Kursus Asas HAji 2025 boleh anda muat turun sekarang.
Anda Juga boleh muat turun Nota Kursus Asas Haji (KAH) yang telah dikumpulkan team BukuNota. Walau bagaimanapun, nota minggu ke-11 (Kesihatan) dan ke-12 (Pengurusan) tidak akan diberikan sebaliknya perlu hadir ke kelas secara fizikal bagi mengelakkan salah faham.
Musim Haji 2025: Tarikh terbang & lokasi untuk diingat
Soalan Lazim Kursus Asas Haji 1446H/2025M
Bilakah Kursus Asas Haji (KAH) bermula?
Bermula dari 18 Oktober 2024 hingga 12 Januari 2025.
Siapa yang terpilih untuk mengikuti KAH?
Jemputan penyertaan KAH hanya untuk pendeposit yang giliran tunai haji pada 1446H dan 1447H.
Bagaimana saya boleh tahu jika saya terpilih untuk mengikuti KAH?
Panggilan KAH dihantar melalui SMS atau surat. Anda juga boleh semak dengan Pejabat TH berdekatan.
Di mana KAH akan dilaksanakan?
KAH akan dijalankan secara fizikal di masjid-masjid terpilih seluruh negara.
Bagaimana untuk mengetahui tarikh dan tempat kursus?
Jadual boleh disemak melalui aplikasi THiJARI atau laman web rasmi TH.
Berapa jumlah siri KAH yang diadakan?
Sebanyak 13 siri.
Berapa siri diadakan dalam seminggu?
Satu siri setiap minggu.
Adakah TH menyediakan modul/buku untuk rujukan?
Bakal haji 1446H dan 1447H yang menerima surat panggilan kursus boleh mendapatkan Buku Nota Asas KAH di Pejabat TH Cawangan. Modul KAH juga boleh dimuat turun melalui laman web rasmi TH.
Adakah rakaman KAH disediakan jika saya terlepas sesi?
Rakaman tidak disediakan. Namun, bakal jemaah boleh mengulangkaji topik di Portal e-Bimbingan Haji.
Adakah KAH dibuka untuk umum?
Ya, KAH dibuka untuk umum. Namun, keutamaan diberikan kepada jemputan kursus. Ibadat Haji 1446H/2025M
Bilakah kebenaran tunai haji bagi rakyat Malaysia diumumkan?
Masih menunggu keputusan Kerajaan Arab Saudi.
Berapakah bayaran haji pada tahun ini?
Bayaran haji akan dimaklumkan setelah perbincangan lanjut.
Adakah SOP 1446H/2025M masih diguna pakai?
Akan dimaklumkan setelah keputusan dari Kerajaan Arab Saudi.
Adakah TH menawarkan perkhidmatan badal haji tahun ini?
Tidak. TH sudah tidak menawarkan perkhidmatan badal haji sejak Musim Haji 1440H/2019M atas arahan Kerajaan Arab Saudi.