Sejarah Evolusi MyKad: Dari Kertas ke Polikarbonat, apa perubahannya?

Kerajaan Malaysia kini berada di fasa akhir untuk lancarkan MyKad generasi baru yang ditambah baik tahap keselamatan dan kegunaannya. Ia dilihat sebagai langkah yang tepat pada masanya. Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah mengumumkan yang 519 kes kecurian identiti telah dilaporkan sejak 2022.

@utusantvofficial

20 NOV 24: Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata penggantian kad pengenalan struktur baharu ini bagi memastikan kad pengenalan dikeluarkan JPN mempunyai ciri-ciri keselamatan yang tinggi, selamat dan dipertingkatkan selari dengan perkembangan teknologi keselamatan terkini. #kadpengenalanbaru #mykad #fyp #trendingnewsmalaysia #beritaditiktok

♬ Hard News – DM Production

MyKad generasi baru akan mengguna pakai materi polikarbonat, hologram canggih, dan cip kapasitif. Ia juga akan dilengkapi ciri MyDigital ID yang akan beri akses lebih meluas kepada perkhidmatan kerajaan.

Antara 2022 hingga 31 Oktober 2024, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) telah menjalankan 2,103 operasi dan lakukan 519 tangkapan berkaitan pelanggaran Akta Pendaftaran Negara. Daripada angka tersebut, 190 individu telah didakwa, termasuklah 130 melibatkan pemilikan MyKad palsu dan 60 memiliki MyKad bukan milik sendiri. Kesalahan tersebut jatuh di bawah Peraturan Pendaftaran Negara (1990) Peraturan 25(1)(e).

6 generasi Kad Pengenalan Malaysia

Setakat ini, dokumen Kad Pengenalan kita sudah menempuni enam generasi seawal tahun 1948. Pada walnya, Semenanjung Malaysia, Sabah, dan Sarawak menggunakan dokumen pengenalan yang berbeza sebelum ia diselaraskan dalam tahun 1990.

Evolusi kad pengenalan Malaysia

1948: Kad pengenalan (Kertas) Persekutuan Tanah Melayu

Sebelum 1895, ketika itu, negeri-negeri Melayu bersekutu maish belum ditubuhkan. Maka, sistem perundangan sepunya masih belum ada pada segi pendaftaran kelahiran, kematian, pengkemubian, perkahwinan, dan penceraian. Selepas 1895, sistem pentadbiran British yang bersepadu diwujudkan.Jabatan Pendaftaran Kebangsaan mempuyai rekod kelahiran dan kematian selama 150 tahun.

Dalam tahun 1948 sewaktu Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan, kad pengenalan pertama dikeluarkan di bawah undang-undang Pendaftaran dan polisi itu diteruskan ke Udang-undang Darurat 1948.

1960: Kad Pengenalan (Plastik) Semenanjung Malaysia

Tahun 1960 menandakan penghijrahan dokumen pengenalan menggunakan kertas digantikan dengan plastik yang lebih tahan lama.

YTM Tunku Abdul Rahman menurunkan cap jari ke atas kad pengenalan miliknya
YTM Tunku Abdul Rahman menurunkan cap jari ke atas kad pengenalan miliknya (sumber)

Ia diperkenalkan untuk menambah baik sistem pengeluaran kad pengenalan dilaksanakan di Semenanjung pada 1 Ogos 1960 sebelum diperluaskan ke Sarawak pada 30 Mac 1966 dan ke sabah pada 1 Jun 1972.

YTM Tunku Abdul Rahman dan rombongannya sedang memerhatikan kerja-kerja memproses kad pengenalan selepas disalut
YTM Tunku Abdul Rahman dan rombongannya sedang memerhatikan kerja-kerja memproses kad pengenalan selepas disalut (sumber)

Ciri-ciri: Keselamatan yang baik, bersalut dan diproses secara teragih, empat warna bagi menentukan taraf warganegara, maklumat terperinci, gambar hitam putih, cap ibu jari kiri dan kanan.

YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ialah pemegang kad pengenalan dengan nombor siri 0000001.

Kad pengenalan plastik Tunku Abdul Rahman

1990 & 1999: Kad pengenalan bermutu tinggi

Tun Dr. Mahathir Mohamad yang menjadi Perdana Menteri pada ketika itu melancarkan Kad Pengenalan Bermutu Tinggi pada 13 Ogos 1990. Menurutnya, ia adalah pemodenan yang signifikan kepada dokumen pengenalan diri untuk menggantikan sistem pengenalan yang sudahpun berusia 30 tahun.

Contoh kad pengenalan bermutu tinggi

Perubahan ini dikatakan penting bagi menambah baik keselamatan, kecekapan, dan pentadbiran. Kad pengenalan baru ini menjadi asas kepada fasa pertama projek pendigitalan perkhidmatan kerajaan seperti tatacara memungut data populasi. Fasa kedua pula melibatkan pembangunan pengkalan data supaya kerajaan boleh melakukan perancangan dan penyasaran sumber dengan lebih baik.

Kad Pengenalan Bermutu Tinggi mengintegrasikan ciri keselamatan bagi mengelakkan pemalsuan. Ia penting untuk melindungi hak rakyat Malaysia seperti mengundi, akses kepada perhidmatan kerajaan, akses kepada pasport, dan membezakan warganegara dengan bukan warganegara.

Untuk merealisasikan Kad Pengenalan Bermutu Tinggi, kerajaan ketika itu telah membelanjakan RM64 juta.

Kemudian, dalam tahun 1999, kerajaan Malaysia sekali lagi menambah baik sistem Kad Pengenalan. Rekaan masih serupa tapi menggantikan gambar wajah pemilik dokumen dengan versi berwarna.

Anda boleh baca teks ucapan Dato’ Seri Dr. Mahathir Bin Mohamad di sini.

2001 & 2012: Kad pengenalan Pelbagai Guna MyKad

Pada 12 April 2001, YAB Dato’ Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi, Timbalan Perdana Menteri, telah melancarkan Kad Pengenalan Pelbagai Guna (KPPK) di Ibu Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara, Petaling Jaya.

Buat pengetahuan anda, Malaysia adalah negara pertama dunia yang menggunakan kad pengenalan dilengkapi cip pintar untuk memudahkan akses kepada banyak perkhidmatan kerajaan dan juga turut dilengkapi fungsi pembayaran.

KPKK adalah salah satu daripada tujuh projek mega di bawah Koridor Raya Multimedia (MSC). Kad pengenalan bersaiz kad kredit ini dilengkapi cip memori 32 kilobyte. Ia diuji dan diluluskan oleh SIRIM dan Pegawai Keselamatan Kerajaan. Lebih menarik, ia dibangunkan oleh kepakaran tempatan.

Dalam cip memori itu terkandung maklumat cap jari dan juga fungsi pengeluaran wang di mesin ATM MEPS.