Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini dah mula mengeluarkan surat tawaran untuk musim Haji 2025. Dalam masa yang sama, pihak TH juga mengumumkan berapakah kos haji untuk musim ini. Didapati yang kos haji kekal namun, subsidi haji telah dikurangkan dengan mendadak.
⚠️ Panduan Lengkap Haji 2025: Persiapan, Kursus, & Kelengkapan ⚠️
Kos haji musim 2025 / 1446H
Tabung Haji mengumumkan yang kos haji tanpa sebarang subsidi adalah RM33,000. Harga ini akan dibayar oleh jemaah haji daripada golongan T20. Ini adalah kos yang sama untuk musim 2024. Perkara yang paling menarik adalah peningkatan kos haji untuk jemaah B40 dan M40 yang menunjukkan subsidi haji telah dikurangkan.

Untuk musim 2025, jemaah haji B40 perlu membayar RM15,000 dan ia termasuk RM1,000 bantuan kerajaan Malaysia. Kemudian, jemaah M40 dikenakan bayaran sebanyak RM23,500. Jadi apa beza kos haji 2024 dengan haji 2025?
Kos musim haji 2024 / 1445H
Untuk rujukan anda, untuk musim haji 2024, kos haji adalah bermula RM12,356 bergantung kepada kumpulan. Berikut adalah penjelasan lebih lanjut.
Untuk Kumpulan B40, kos untuk mengerjakan haji adalah RM12,356. Ia termasuk subsidi RM1,000 yang diberikan oleh kerajaan Malaysia untuk turunkan kos asal iaitu RM13,356. Kemudian kos untuk kumpulan M40 adalah RM19,152 diikuti Kumpulan T20 yang menanggung kos sebanyak RM33,300.

Kos kerjakan haji musim 2024 (Sumber)
Jemaah Haji Muassasah adalah golongan yang ditawarkan peluang untuk kerjakan haji buat kali pertama oleh TH. Golongan ini menikmati bayaran haji bersasar bagi memastikan jemaah menanggung kos yang minimum. Maka dengan sebab itu mereka mengkategorikan jemaah haji muasasah ke dalam tiga kategori B40, M40, dan T20 tahap kewangan jemaah.
Contohnya, untuk tahun 2024, kos keseluruhan untuk mengerjakan haji untuk satu kepala adalah RM33,300. Itulah harga yang dibayar oleh jemaah haji T20 iaitu 100% daripada harga kos. Kumpulan M40 diberikan subsidi sebanyak 42% sementara kumpulan B40 diberi subsidi sebanyak 63%.
Cara untuk periksa tawaran Haji 2025
Tawaran mengerjakan haji boleh diperiksa melalui aplikasi THiJARI. Ia ditawarkan dalam bentuk laman web, Android ataupun iOS. Di laman web, anda boleh log masuk ke THiJARI dan pergi ke laman utama akaun anda.

Cari butang Perkhidmatan Haji di toolbar sebelah kiri. Dalam laman Perkhidmatan Haji, cari butang Semak Tawaran Haji untuk periksa sama ada anda berjaya ditawarkan untuk kerjakan haji musim ini. Sekiranya tidak, butang Rayuan Haji juga ada untuk kemudahan.

Jika diikutkan pada trend musim lepas, Permohonan Rayuan Haji akan dimulakan pada penghujung Januari 2025.

Sumber: Lembaga Tabung Haji