Mekah haji & umrah 2025 Mekah haji & umrah 2025

Panduan Lengkap Haji 2025: Persiapan, Kursus, & Kelengkapan

Selamat datang ke himpunan maklumat berkaitan Haji & Umrah musim 2025. Berikut adalah semua artikel berkaitan yang telah diterbitkan di BukuNota.net untuk mudahkan rujukan anda.

Kandungan

Persiapan awal Haji & Umrah 2025

Persiapan musim Haji tahun 2025 / 2026 bermula sekarang

Persediaan haji musim 2025 dahpun bermula. Sebanyak 3 cara rakyat Malaysia beroleh akses untuk kerjakan haji seperti Muassasah Tabung Haji, rayuan melalui aplikasi THijari, dan viasa Furada daripada kerajaan Saudi.

Musim Haji 2025: 7 e-buku percuma Haji & Umrah

7 buku digital percuma boleh dimuat turun jemaah haji dan umrah untuk dibaca. Buku-buku ini merangkumi banyak topik seperti haji, doa, panduan untuk jemaah wanita, fekah, soalan lazim, dan pengalaman peribadi jemaah.

Musim Haji 2025: Tarikh terbang & lokasi untuk diingat

Maklumat tentang rakyat Malaysia yang mengerjakan Haji tahun 2025. Penerbangan pertama pergi ialah pada 29 April 2025 manakala yang terakhir adalah pada 28 Mei 2025. Penerbangan pertama pulang ialah pada 14 Jun 2025 dan yang terakhir pada 10 Julai 2025. Ada juga carta aliran untuk mudahkan anda mengetahui proses menunaikan haji peringkat demi peringkat.

Tangan bermain dengan telefon

Kursus Asas Haji 2025

Kursus Asas Haji 2025: Jadual & soalan lazim

Kelengkapan Haji 2025

Haji & Umrah 2025: 5 barang pakaian wajib ada

Senarai 5 item pakaian yang penting untuk keselesaan haji dan umrah. 5 barang itu adalah seperti kain ihram, telekung, baju pagoda, stoking kapas, dan sandal.

Haji & Umrah 2025: Pas roaming prabayar dan pascabayar paling berbaloi Arab Saudi

Artikel membincangkan pelan perayauan pascabayar dan prabayar yang ditawar telco Malaysia untuk jemaah Haji dan Umrah Arab Saudi tahun 2025. Ada banyak pelan daripada CelcomDigi, Maxis, U Mobile, Uni5G, dan Yes 5G disenaraikan beserta harga dan FUP.

Tutorial lengkap sewa skuter elektrik di Masjidil Haram

Artikel ini akan berikan pencerahan tentang bagaimana jemaah boleh menyewa sebuah skuter elektrik untuk menyudahkan Haji dan Umrah mereka. Anda akan tahu di mana nak pergi, di mana nak ambil, jenis servis, cara tempah, dan berapa harganya.

Senarai hotel dengan perhidmatan shuttle percuma ke Masjidil Haram

Hotel dekat dengan pintu masuk Masjidil Haram memang memudahkan sewaktu umrah dan haji. Namun, perlu diingatkan, bukan kita sahaja yang fikir sedemikian. Jemaah satu dunia pun ingin nikmati kemudahan yang sama. Cuba cari hotel yang sediakan shuttle percuma.