Bank Negara Malaysia (BNM) telah umumkan beberapa langkah penyelesaian sementara. Langkah tersebut untuk mengurangkan impak terhadap pelanggan produk takaful/insurans kesihatan(MHIT). berikutan kenaikan mendadak premium polisi takaful kepada.
Langkah penyelesaian sementara ini adalah hasil perbincangan BNM dengan para operator perkhidmatan takaful untuk pastikan produk MHIT kekal berada dalam kategori mampu milik.
Walau bagaimanapun, seperti yang diumum, ia adalah langkah sementara. Solusi yang lebih menyeluruh dilihat sangat diperlukan untuk merungkaikan isu akar iaitu kos perkhidmatan kesihatan yang kian meningkat masa ini.
Inflasi perkhidmatan kesihatan Malaysia lebihi paras purata
Kos perkhidmatan kesihatan di Malaysia dilihat naik dengan mendadak.

Dalam tahun 2024, kos perubatan Malaysia naik 15% berbanding purata global 10%. Puncanya dipercayai akibat:
- kemajuan pesat dalam teknologi perubatan
- peningkatan frekuensi penyakit tak berjangkit
- naiknya permintaan terhadap perkhidmatan kesihatan
Maka dengan sebab itu, pihak operator takaful (ITO) melaporkan mereka membayar tuntutan lebih banyak daripada mereka mengutip premium daripada pemegang polisi. Sungguhpun pihak ITO ada dana kecemasan untuk bendung kenaikan tuntutan ini dalam satu tempoh tertentu, akan tiba masanya dana kecemasan ini akan habis.
Maka dengan sebab itu, pihak ITO menjalankan penyelarasan premium dalam kalangan pemegang polisi takaful.
Gabenor BNM seru reformasi pada MHIT
Gabenor BNM Dato’ Seri Abdul Rasheed Ghaffour menyuarakan keperluan untuk tangani isu akar yang menyebabkan kenaikan premium takaful.

Isu akar yang dimaksudkan adalah:
- peningkatan kos perubatan
- peningkatan penggunaan perkhidmatan kesihatan
Pihak BNM serus operator MHIT untuk rangka produk yang lebih lestari. Fokus harus diberikan pada peningkatan nilai dan membanteras penyakit. Untuk mencapai dua objektif ini, penglibatan daripada semua, termasuklah yang berada dalam sektor perkhidmatan kesihatan sangat diperlukan.
Buat masa ini BNM sedang bekerja rapat dengan Kementerian Kewangan, Kementerian Kesihatan, hospital swasta, dan juga ITO untuk mencari solusi jangka panjang.
4 langkah segera kurangkan impak polisi takaful mahal
Kenaikan premium dikatakan tidak dapat dielak. Namun, untuk mengurangkan impak kepada pelanggan MHIT (pemegang polisi), empat langkah segera telah digerakkan BNM iaitu:
- Langkah 1
Perubahan premium disebabkan inflasi tuntutan perubahan akan diagihkan merentasi sekurang-kurangnya untuk tempoh sehingga 2026. Lebih 80% pemegang polisi akan alami kenaikan premium kurang daripada 10%/tahun.

- Langkah 2
Pemegang polisi berumur >60 tahun dan melanggan pelan minimum, moratorium kenaikan diberikan selama 1 tahun. Jadi, tiada kenaikan premium takaful untuk sepanjang tahun 2025 buat golongan ini.

- Langkah 3
Jika anda serah semula polisi dalam tahun 2024 kerana kenaikkan premium, hubungi pihak penyedia takaful untuk mohon diaktifkan semula.

- Langkah 4
Operator takaful wajib untuk tawarkan pelan lebih murah selewat-lewatnya penghujung tahun 2025 sebagai alternatif kepada pelan yang harganya naik tahun ini.

Kesemua inisiatif interim ini akan berkuat kuasa pada 15 Januari 2025.

RM60 juta akan disuntik untuk pacu reformasi sektor kesihatan
Pihak kerajaan bersama-sama ITO dan hospital kerajaan bersama-sama akan menyumbang sejumlah RM60 juta. Amaun itu akan diguna untuk percepat reformasi sektor kesihatan.
Salah satunya adalah membangunkan model Diagnosis-Related Group (DRG). Seperti yang telah dimaklumkan PMX tempoh hari, DRG dikatakan menyelaraskan harga prosedur kesihatan biasa dan mempertingkat ketelusan.
Selain itu, dana suntikan itu juga akan membantu pihak ITO merangka produk MHIT yang lebih mampu milik unutk ditawar kepada pemegang polisi berumur 60 tahun dan ke atas. Lain-lain usaha yang sedang digerakkan adalah seperti:
- mempertingkat ketelusan urus niaga ubat-ubatan
- pendigitalan rekod perubatan untuk kurangkan ujian yang sama berulang
- mempromosikan pembelian secara strategik
Sumber: BNM