Musim Haji 2025 dah bermula. Tabung Haji pun dah mula hantar surat tawaran kepada umat islam yang terpilih. Persediaan adalah bermula sekarang. Ini adalah 5 barang elektronik wajib ada untuk perjalanan Haji yang selesa. Jangan lupa juga untuk telaah rujukan komprehensif kami tentang ibadat ini.
Panduan Lengkap Haji 2025: Persiapan, Kursus, & Kelengkapan
Universal Travel Adapter untuk isi gajet elektronik
Semua gajet elektornik yang kita bawa pastinya perlu dicas. Apa kata beli universal adapter yang disekalikan dengan pengecas USB. Jadi kita boleh kurangkan barang yang perlu dibawa. Dengan Universal Travel Adapter yang ada pengecas USB, kita cuma perlu bawa kabel USB sahaja.

Beli Mcdodo Travel Adapter.
GPS Bluetooth Tracker elak barang dan orang hilang
Anak-anak yang khuatir ayah ibu tersesat, boleh hidupkan fungsi Apple Find My dan Google Find My Devices di telefon ibu ayah dan anak-anak boleh jejak kedudukan fizikal melalui telefon sendiri.

Sebagai backup, kalau takut telefon habis bateri, boleh dapatkan alat penjejak untuk dibawa bersama. Satu lagi manfaat penjejak GPS Bluetooth ini adalah kita boleh tahu lokasi bagasi jika hilang dengan merujuk peta.
- Beli Mili Tag untuk Android
- Beli Mili Tag untuk iOS
- Beli Apple AirTag untuk iOS
- Beli Samsung Smart Tag2 untuk Samsung
Lampu suluh pelbagai guna untuk kecemasan
Sewaktu wukuf, kalau-kalau berlaku gangguan bekalan elektrik, sediakanlah lampu suluh sebagai backup.

Lampu suluh Xiaomi Mijia Multifunctinal Flashlight ini ada dua fungsi dalam satu iaitu menyuluh dan satu lagi menerangkan dengan fungsi tanglung.

Beli Xiaomi Mijia Multifuncation Flashlight.
Powerbank pastikan telefon sentiasa hidup
Telefon yang tiada bateri samalah macam batu bata. Untuk kekalkan kita sentiasa boleh dihubungi dan kita berhubung keluar sewaktu kecemasan, powerbank adalah wajib.

Cari powerbank yang sudah ada penyambung USB-C supaya kita boleh terus tinggalkan kabel dalam beg. Kalau boleh dapatkan dua unit powerbank jenis ini lagi bagus sebab satu dibawa dan satu lagi dicas di kediaman.
Beli Mcdodo 5,000mAh USC-C Powerbank.
Kipas leher temani tawaf di bawah terik matahari
Hari Arafah 2025 adalah pada awal Jun. Berdasarkan rekod tahun lepas, suhu pada waktu siang boleh pergi melebihi 45 darjah Celsius dan pada waktu malam melebihi 30 darjah Celsius.

Jadi, gajet penyejuk sangat disarankan pada waktu ini. Kipas yang boleh digantung di leher sangat berguna untuk sejukkan muka sewaktu wukuf di malam hari ataupun sewaktu tawaf umrah.
