Max di Astro Ultra & Ulti Box Max di Astro Ultra & Ulti Box

Max Kini di Astro! Strim Tanpa Henti di Ultra & Ulti Box

Astro umumkan yang mereka dah integrasikan Max ke dalam Astro Ultra dan Ulti Box. Ia bermakna pelanggan boleh lancarkan servis penstriman Max terus daripada servis Astro untuk layan kandungan di dalamnya.

Pelanggan Astro Movies Pack dan Astro One Epic Pack perlu cakna yang langganan anda disertakan sekali dengan Max tanpa sebarang bayaran tambahan. Max Standard adalah akaun yang disediakan dan kalau nak tonton lagi banyak kandungan, Max Ultimate boleh ditambah secara add-on untuk bayaran tambahan sebanyak RM18/bulan.

Harga add-on Max untuk Astro Ultra & Ulti

Pengguna yang ingin tambah Max secara add-on kedalam langganan juga boleh berbuat demikian pada harga seperti berikut:

  • Max Standard: RM33.90/bulan
  • Max Ultimate: RM51.90/bulan

Bila melanggan, Astro akan berikan akses kepada saluran HBO sekali untuk ditonton.

Nak tonton apa di Max?

Macam Netflix, pelbagai kandungan boleh ditonton daripada siri TV, dokumentari, hinggalah ke movie terkini. Antara yang menanti adalah:

  • HBO Originals – Dune: Prophecy, The Penguin, The White Lotus S3, The Last of Us S2
  • Blockbuster Hollywood – Koleksi Harry Potter
  • DC Universe – The Batman, Justice League, Joker
  • Siri TV – Friends, The Big Bang Theory, Adventure Time
  • Dokumentari Discovery – Deadliest Catch, Gold Rush
  • Kandungan eksklusif akan datang – Suits LA, The Lord of the Rings: The War of the Rohirrim

Cara akses Max di Astro box

Nak mula tonton Max di Astro Box senang sahaja:

  1. Tekan “Home” di alat kawalan Astro
  2. Pergi ke tab “APP” dan pilih Max
  3. Imbas kod QR di skrin untuk pergi ke akaun Max anda
  4. Mula tonton.

Banyak lagi APP penstriman di Astro Box

Bukan setakat Max, pelanggan Astro One ada pilihan sehingga 12 jenis servis pemstriman popular seperti:

  • Netflix
  • Disney+ Hotstar
  • Viu
  • iQIYI
  • WeTV
  • Zee5
  • Simply South

Buat info anda, Astro One Pack boleh dilanggan pada harga serendah RM49.99/bulan. Ia juga boleh disekalikan dengan Astro Fibre untuk capaian Internet lantas berikan anda pengalaman menonton tak diganggu cuaca. Contohnya, Astro One Entertainment dengan Astro Fibre 500Mbps ditawarkan pada harga RM139.99/bulan.

Untuk melanggan, layari www.astro.com.my atau WhatsApp 03 9543 3838.