Kenapa orang nak beli telefon flagship tahun sudah? Jawapannya mudah saja, harga flagship baru yang kian naik. Mari ambil contoh siri Samsung Galaxy S. Model asal tahun 2010 dilancarkan pada harga RM1,699. Kini tahun 2025, Galaxy S25 ditawarkan pada harga bermula RM3,999.

Tak hairanlah pengguna skodeng telefon flagship tahun lepas sebagai alternatif value-for-money.
Jadi, berbaloikah telefon flagship tahun lalu? Jom bedah siasat.
Prestasi flagship: Adakah naik tarafnya berbaloi?
Salam satu sebab orang cari flagship terbaru adalah untuk dapatkan telefon yang ada cip pemproses terbaru. Tapi, berapa penokokan prestasi yang mereka dapat? LIhat pada 6 generasi terdahulu sebelum Snapdragon 8 Elite, kita boleh cerap purata 30% naik taraf prestasi CPU dan kira-kira 32.8% peningkatan pada segi kecekapan tenaga.

Macam mana dengan penggunaan dunia sebenar? Berdasarkan skor AnTuTu Galaxy S25 Ultra dan 6 generasi terdahulu sebelumnya, mencatatkan peningkatan skor purata sebanyak 33%. AnTuTu banyak digunakan untuk menilai keupayaan perkakasan sesuatu peranti, ia uji keseluruhan komponen seperti CPU, RAM, GPU, dan antara muka telefon.

Daripada skor, dilihat kalau anda skip generasi telefon, anda beroleh lebih daripada 50% naik taraf prestasi yang dirasakan lebih munasabah untuk dapatkan telefon baru berbanding tukar setiap tahun. Kalau ditanya adakah kita perlukan kuasa tambahan tersebut? Untuk tugasan harian macam web browsing, media sosial, dan gaming, flagship generasi lepas seudah memadai.
Kecualilah anda gamer jenis hardcore ataupun pencipta kandungan, makanya flagship terbaharu lebih masuk akal.
Kemas kini sistem operasi: Faktor penting
Selain daripada perkakasan, perisian juga menjadi faktor pertimbangan antara yang terpenting yang tentukan jangka hayat telefon. Produk flagship biasanya nikmati tempoh kemas kini paling panjang berbanding produk mid-range ataupun bajet.
Contohnya:
- Samsung: Kemas kini Android 7 tahun (bermula Galaxy S24)
- Honor: Kemas kini Android 7 tahun (bermula Honor Magic 7)
- Xiaomi: Kemas kini keselamatan 5 tahun (Xiaomi 15 Ultra)
- Oppo: Kemas kini keselamatan 5 tahun (Find N5)
- Realme: Kemas kini Android 3 tahun (GT 7 Pro)
- ASUS: Kemas kini Android 2 tahun (ROG Phone 9)
- Apple: iPhone XS (2018) masih terima iOS 18 selepas 6 tahun dalam pasaran.
Tempoh sokongan perisian yang panjang memastikan telefon terima tampalan keselamatan, baik pulih pepijat dan juga ciri-ciri terbaharu. Kalau flagship lama pun terima semua perkara ini, ia sudah cukup bagus!
Telefon midrange: Alternatif flagship yang baik juga
Telefon midrange masa ini dah makin elok. Ada antara mereka tawarkan ciri seakan flagship, pada harga lebih rendah. Contohnya, Redmi Note 14 Pro+ (5G) diperkasa Snapdragon 7s Gen 3 harga bermula RM1,699.

Cip itu dibangun gunakan litografi sama seperti Snapdragon 8 Gen 3 dan ada dalam kategori 4nm. Lain-lain ciri menarik adalah seperti:
- Kamera utama 200MP
- Skrin AMOLED
- Bateri besar 5,110mAh dengan 120W HyperCharge
- Kalis air IP68

Satu lagi opsyen yang anda ada seperti Samsung Galaxy A56 (RM1,999). Antara ciri menarik adalah seperti:
- Paparan Super AMOLED
- Bateri besar 5,000mAh
- Cip pemproses Exynos 1580 4nm.
Dengan spesifikasi sebegitu, jurang antara midrange dengan flagship semakin rapat sekarang.
Berbaloi ke flagship lama?
Kalau anda sedang pertimbangkan flagship lama, ia masih berada dalam kategori berbaloi sekiranya:
- telefon masih terima kemas kini Android atau keselamatan
- harga nyata lebih rendah daripada flagship tahun semasa
- prestasi penuhi semua keperluan anda
Namun, telefon midrange nampak seperti pilihan lebih baik sebab ada tempoh sokongan perisian lebih panjang. Sudahnya, pemilihan masih bergantung kepada bajet, keperluan, dan sejauh mana anda perlukan ciri-ciri terkini.