Duit Raya RM1, RM5, RM10, RM20, dan RM50 Duit Raya RM1, RM5, RM10, RM20, dan RM50

Senarai ATM yang tawar duit raya RM10 untuk Aidilfitri 2025

Bersempena Hari Raya Aidilfitri 2025 yang bakal disambut awal April 2025, tentu sekali persiapan untuk sambutnya semakin rancak. Tidak ketinggalan penyediaan duit raya. Setakat 20 Mac 2025, Bank Islam dan CIMB telah mengumumkan penawaran not RM10 di beberapa ATM terpilih untuk dikeluarkan pelanggannya dalam tempoh terhad. Berikut adalah butirannya.

Senarai ATM Bank Islam dengan note RM10

BIMB menyenaraikan 24 ATM di seluruh Malaysia dengan dinominator tertentu serendah RM10. Contohnya, ATM BIMB di Menara Bank Islam keluarkan RM10 dan 50 sementara di Bukit Jelutong RM20 dan RM100. Makanya, pengguna perlu pastikan dinominator manakah yang mereka perlukan, rujuk kepada senarai dan barulah tuju kepada ATM tersebut.

Anda boleh layari pengumuman rasmi BIMB untuk maklumat lanjut.

Walau bagaimanapun, penawaran ATM BIMB agak terhad. Terengganu, Kelantan, Perlis, dan Sarawak tiada langsung cawangan ATM yang sediakan fungsi itu. Mungkin pengguna boleh terus ke kaunter bank untuk berurusan ataupun beri sahaja duit raya secara kod QR.

Senarai ATM CIMB dengan note RM10

Kalau BIMB tawar 24, CIMB tawarkan 29 ATM yang ada dinomitor RM10. Senarainya anda boleh rujuk di bawah dan penawaran ini berlangsung antara 17 Mac hingga 31 Mac 2025. Berikut adalah senarai ATM yang boleh anda tuju.

Anda boleh layari laman rasmi CIMB untuk maklumat lanjut.