tryx malaysia tryx malaysia

Cooler AIO Tryx kini di Malaysia – harga dari RM1,119

Tryx mungkin nama yang asing di sini tapi di luar negara, ia memang terkenal dengan produk penyejuk jenis AIO. Kini, mereka tembusi pasaran Malaysia dengan tiga produk utama untuk pengguna di sini iaitu:

  • Tryx Panorama – penyejuk AIO
  • Tryx Panorama SE – penyejuk AIO
  • Tryx Luca L70 – casing untuk desktop

Baca untuk ketahui lebin lanjut tentang produk menarik daripada TRYX.

Tryx Panorama: Cooler AIO dengan paparan AMOLED 6.5”

Tryx Panorama adalah produk flagship jenama ini. Ia bukan bertindak sebagai penyejuk CPU komputer, ia juga ada skrin AMOLED berbentuk L seluas 6.5” yang boleh paparkan apa saja bila anda programkannya melalui perisian Kanali. Anda boleh paparkan statistik desktop atau video lain dalam resolusi 2K dengan kadar segar semula 60Hz.

Panorama dilengkapi tenkologi penyejuk generasi ke-8 dari Asetek yang bergandingan dengan radiator 30mm. Sesalur cecair penyejuknya katanya dah ditambah baik untuk mantapkan aliran dan berikan kapasiti penyejuk lebih baik. Ia sokong banyak jenis soket CPU termasuklah CPU Intel “Arrow Lake” (LGA 1851) yang akan tiba.

Berikut adalah harganya untuk pasaran Malaysia:

  • 360mm ARGB: RM1,699
  • 360mm non-ARGB: RM1,649
  • 280mm ARGB: RM1,599
  • 280mm non-ARGB: RM1,549
  • 240mm ARGB: RM1,499
  • 240mm non-ARGB: RM1,449

Tryx Panorama SE: Cooler AIO harga mampu milik

Masih mengekalkan skrin AMOLED seperti model flagship, Panorama SE adalah penyejuk yang lebih mampu milik. Bezanya adalah ia menggunakan pam daripada siri Adela yang berkeupayaan menyejuk sistem komputer yang beroperasi pada tahap 300W.

Berikut adalah harganya untuk pasaran Malaysia:

  • 360mm: RM1,219
  • 240mm: RM1,119

LUCA L70: Casing desktop E-ATX

Tryx juga memperkenalkan casing desktop mereka yang pertama. Luca L70 boleh menerima papan induk e-ATX dan majoriti badannya diperbuat daripada anodized alumunium, diukir daripada mesin CNC.

Antara yang menarik dengan casing ini adalah bingkai rangka yang nipis, pada ukuran 19mm, kaca terbaja setebal 4mm, dan susun atur lapisan tunggal untuk pastikan kekemasan.

Harga Luca L70 di Malaysia adalah RM1,059.

Anda boleh layari laman rasmi Tryx untuk maklumat lanjut.