Pemegang pasport Malaysia, ini panduan nama di tiket flight

Tempah tiket penerbangan memang nampak mudah. Tapi, kalau tersilap langkah terutamanya di bahagian nama, masalah besar mungkin melanda bila nak boarding nanti. Anda mungkin perlu bayar syarikat penerbangan ataupun lebih parah, tak boleh nak masuki negara destinasi langsung. Jadi pasport Malaysia, berikut adalah panduan terkini daripada Malaysia Airlines untuk rujukan anda.

Cara syarikat penerbangan baca nama di pasport

Di bawah pasport anda, di bahagian gambar, anda akan nampak aksara-aksara dengan simbol ‘<’ dan ‘<<”. Bahagian tersebut dikenali sebagai Machine Readable Zone (MRZ). Sistem yang digunakan oleh imigresen dan syarikat penerbangan membaca bahagian ini untuk ketahui siapakah anda.

Contohnya:

P<MYSAHMAD<FALIQ<BIN<HAMEDI<<<<<<

Sistem akan bacanya sebagai:

  • First & Middle Name: AHMAD FALIQ
  • Last Name/Surname: BIN HAMEDI

Macam mana nak tulis nama pasport warga Malaysia

Tak macam nama orang barat, nama orang Malaysia biasanya tak pisahkan First Name dengan Last Name. Jadi, kekeliruan boleh timbul. Jadi berikut adalah rujukan yang boleh anda guna sewaktu mengisi butiran.

Nama Penuh: Ahmad Faliq Bin Hamedi

  • First Name & Middle Name: Ahmad Faliq
  • Last Name / Surname: Bin Hamedi

Nama Penuh: Safiyya Aliaa Binti Abu Bakar

  • First Name & Middle Name: Safiyya Aliaa
  • Last Name / Surname: Binti Abu Bakar

Nama Penuh: Vasuthevan Thambiran

  • First Name & Middle Name: Vasuthevan
  • Last Name / Surname: Thambiran

Nama Penuh: Foo Mei Mei

  • First Name & Middle Name: Mei Mei
  • Last Name / Surname: Foo

Tips untuk isi butiran tiket kapal terbanng

  • Periksa blok pertama dan kedua MRZ sebagai “First & Middle Name” dan yang selebihnya sebagai “Last Name / Surname”.
  • “Last Name / Surname” boleh terima maksimum 40 aksara
  • “First / Middle Name” boleh terima maksimum 25 aksara
  • Boleh guna abjad pertama untuk “First / Middle Name” kalau terlalu panjang
  • Sengkang boleh dibuang dari nama
  • Hanya aksara Romani diterima

Kes nama terlalu panjang

Kalau pemegang pasport ada nama terlalu panjang, formatnya adalah seperti berikut:

Nama Penuh: Putri Maryam Ulyaa Zinnirah Binti Muhammad Aniq Mokhtar

  • First Name & Middle Name: PMUZ
  • Last Name / Surname: BintiMuhammadAniqM

Anda pernah hadapi masalah dengan nama sewaktu nak terbang? Share dalam ruangan komen.


Anda boleh layar laman Malaysia Airlines untuk maklumat lanjut.