Kingston telah lancarkan SSD terbaru mereka dalam siri Kingston FURY. Laju dia lain macam. Kingston FURY Renegade G5 adalah SSD jenis PCIe 5.0 NVMe M.2 yang direka khas untuk gamers dan pencipta kandungan yang perlukan solusi storan berkelajuan tinggi untuk desktop gaming ataupun workstation.

Kelajuan sehingga 14,800MB/s, antara terpantas dalam industri
Kingston FURY Renegade G5 mendukung teknologi PCIe Gen5 X4 terkini. Ia mampu beroperasi pada kelajuan sehingga 14,800MB/s (baca) dan 14,000MB/s (tulis). Manfaat yang akan dinikmati pengguna adalah seperti tempoh loading yang lebih singkat serta kelajuan perpindahan fail lebih pantas. SSD ini ada dalam tiga kapasiti iaitu 1TB, 2TB dan 4TB. Untuk kerja-kerja multitasking, angka yang dikongsikan Kingston adalah 2.2 IOPS.

Di bahagian teras storan ini terdapat mikropengawal Silicon Motion SM2508 6nm yang mengawal 3D TLC NAND serta DDR4 DRAM. Kesemua komponen ini katanya ada tahap kecekapan tenaga yang tinggi jadi haba yang terhasil sewaktu beroperasi dan prestasil dapat dikekalkan bila lakukan kerja-kerja berat.
Pada kapasiti penuh, SSD ini hanya gunakan sehingga 9.5W elektrik.
Kingston FURY Renegade G5 sokong Microsoft DirectStorage
Renegade G5 ini dilapor menyokong Microsoft DirectStorage. Untuk perisian yang menyokongnya, pengguna akan dapati prestasi yang lebih pantas, terutamanya sewaktu gaming. Perlu juga diketahui yang PCIe 5 juga backward-compatible PCIe 4 dan PCIe 3. Jadi, sekiranya motherboard tak sokong kelajuan generasi 5, ia masih lagi boleh beroperasi pada kelajuan generasi 4 dan 3.
Harga Kingston FURY Renegade G5

Kingston FURY Renegade G5 ditawarkan di Malaysia pada harga bermula RM936 untuk storan 1TB dan RM1,500 untuk 2TB. Tiada pula varian 4TB disenaraikan.
Beli Kingston FURY Renegade G5 di Shopee.